A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
PENILAIAN: Menilai dan Dinilai
STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo

   Tahun 1999 telah kita lalui dengan pelbagai pengalaman dan dugaan. Kini tahun 1999 semakin hampir meninggalkan kita.

    Pemergiannya meninggalkan pelbagai kenangan di samping amat ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar dari kalangan kita.

    Berakhirnya tahun 1999 juga menandakan kita kini berada di ambang abad dan alaf baru.

    Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah bersedia untuk menutup buku pengalaman dan kenangan tahun 1999 amnya dan abad ke-20 khasnya dengan kenangan yang menarik dan manis lagi membanggakan.

    Seperti mana kebiasaannya tahun-tahun sebelum ini terutama menjelang tahun baru, kita lebih cenderung untuk merenung ke belakang serta membuat penilaian ke atas apa yang telah kita usahakan selama ini.

    Sehubungan dengan itu adalah perlu bagi kita membuat penilaian sejauh manakah kita telah memenuhi matlamat peribadi, matlamat organisasi kita, matlamat negeri/negara, bangsa dan agama kita selama ini.

    Semua ini penting kita lakukan bagi membolehkan kita mengetahui di manakah atau sejauh manakah pencapaian atau prestasi kita selama ini.

    Seandainya ada kelemahan atau kekurangan, mungkin akan dapat dikesan dan boleh diperbaiki pada masa akan datang.

    Bagi kita yang menjawat jawatan awam, mungkin banyak yang patut kita nilaikan diri kita sama ada sebagai individu, ahli pasukan sekerja dalam organisasi awam malah juga sebagai anggota masyarakat secara keseluruhannya.

    Sudah sampai ketika dan saatnya kita merenung dan menilai banyak manakah sumbangan yang telah kita berikan kepada pekerjaan kita, organisasi kita dan masyarakat kita?

    Perlu juga kita nilai adakah sumbangan yang kita berikan selama ini sudah memadai?

    Kita juga perlu menilai adakah patut kita menerima ganjaran dari penilaian yang dilaksanakan itu dan berbaloikah apa yang telah kita terima selama ini?

    Sudah menjadi lumrah manusia, kita mahukan penilaian yang baik dan berasa berhak menerima penilaian yang terbaik di dalam banyak hal misalnya di dalam proses kenaikan pangkat dan gaji.

    Namun sebelum kita berhak mendapat penilaian yang terbaik, kita seharusnya terlebih dahulu belajar menilai diri kita sendiri dan bersedia untuk dinilai

    Dengan berbuat demikian kita akan lebih positif bukan sahaja untuk menerima sebarang keputusan atau hasil daripada penilaian yang dibuat ke atas kita tetapi juga untuk melakukan penilaian ke atas orang lain.

    Belajar menilai diri sendiri dan bersedia untuk dinilai memerlukan sikap dan pemikiran yang terbuka, positif, kritis serta tidak berat sebelah.

    Maka untuk itu kita perlu melakukan perubahan sikap serta pemikiran kita.

    Perubahan sikap dan pemikiran bukan suatu yang mudah untuk dicapai.

    Sungguhpun demikian, perubahan ini pula bukannya mustahil untuk dicapai; belakang parang kalau diasah sekali pun akan tajam juga akhirnya.

    Apa yang perlu ialah usaha ke arah menerima perubahan itu harus dilakukan dengan berterusan sejajar dengan situasi dan tuntutan semasa.

    Melakukan perubahan dan menerima perubahan memerlukan kita mengkaji pelbagai aspek yang ada pada diri kita serta persekitaran.

    Kita perlu sentiasa berupaya melakukan penilaian yang kritis ke atas apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita, orang lain dan juga persekitaran dengan positif.

    Ini penting bagi membolehkan kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi diri dan kerja kita dari semasa ke semasa ke arah yang lebih baik.

    Sebagai penjawat jawatan awam, melakukan penilaian yang kritis dan positif seharusnya sudah menjadi amalan biasa buat kita semua di dalam menjalankan tugas harian.

    Sebagai kakitangan awam, peranan yang kita mainkan bukan sekadar melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan sebagaimana yang telah digariskan kepada kita semata-mata tetapi lebih besar lagi iaitu sebagai agen pembangunan masyarakat.

    Oleh yang demikian, apa sahaja perancangan, tindakan dan keputusan yang kita buat walau kecil mana sekali pun, sama ada berkait langsung dengan urusan rasmi atau sebaliknya akan memberi kesan positif dan juga negatif kepada masyarakat.

    Sama ada masyarakat akan menerima kesan positif lebih besar atau sebaliknya adalah bergantung kepada penilaian kita kepada situasi semasa ketika kita membuat perancangan dan tindakan yang berkaitan.

    Oleh itu apabila kita membuat penilaian ke atas sesuatu perkara yang melibatkan pembangunan masyarakat, maka letakkan diri anda di dalam dua situasi iaitu sebagai pelaksana polisi pembangunan dan masyarakat yang menghendaki pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan setempat dan semasa.

    Mungkin timbul percanggahan namun jadikan percanggahan itu sebagai pembuka ruang kepada penilaian yang lebih positif dan kritis.

    Semoga dengan penilaian itu akan dapat dijadikan panduan kita untuk merancang masa hadapan yang lebih gemilang untuk masyarakat dan negeri/negara kita.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998