A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Logo Baru Majlis Daerah Bau

 
Majlis Pelancaran Logo Baru Majlis Daerah Bau 
oleh YB Datuk Amar James Wong Kim Min, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
   
Majlis Daerah Bau: Khidmat Berkualiti Untuk Semua
Mercu tanda Daerah Bau

 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdiri daripada Majlis-majlis Daerah, Perbandaran dan Bandaraya merupakan unit pentadbiran kerajaan yang berhubung langsung dengan masyarakat setempat.

Peranan PBT yang menyediakan perkhidmatan untuk kesejahteraan hidup masyarakat setempat tidak keterlaluan dikatakan sebagai cermin usaha pembangunan kerajaan secara keseluruhannya.

Oleh yang sedemikian, adalah amat penting bagi PBT di negeri ini khasnya sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa di samping terus berusaha untuk meningkatkan imej mereka di kalangan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Majlis Daerah Bau (MDB) baru-baru ini pada 27 Oktober 1999 telah melakukan sedikit perubahan yang agak ketara.

MDB telah menukar baru logonya. Logo baru ini diharapkan akan memberikan identiti di samping mempertingkatkan lagi imej baru MDB sebagai sebuah organisasi yang berwawasan, proaktif dan terbaik selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di dalam kawasan pentadbirannya melalui sosio ekonomi dan pembangunan projek yang giat diusahakannya.

Logo baru ini mengabungkan elemen-elemen seperti orkid Norma, seekor burung kenyalang, sekeping emas berbentuk pentagon dan sepasang tangan di dalam sebuah bulatan yang dikelilingi oleh moto MDB : Khidmat Berkualiti Untuk Semua.

Sesungguhnya pelancaran logo baru ini harus dijadikan bara yang akan terus membakar semangat gigih di hati anggota perkhidmatan MDB untuk membantu membangunkan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik dan harmoni.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998