A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Orkid : Bunga Emas Sarawak?

 
Suatu ketika dahulu, amalan menghantar bunga emas ke negara tertentu merupakan suatu kemestian semata-mata untuk mengekalkan kemerdekaan negara penghantar.

Kini amalan menghantar bunga emas sudah lenyap tetapi industri bunga di kebanyakan negara berkembang pesat dan memberikan pulangan yang menguntungkan.

Sungguh pun demikian, industri bunga di negara kita masih terpinggir (sumbangannya hanya RM4 juta setahun), mungkin kerana kita terlalu memberi penekanan kepada industri yang berasaskan teknologi dan pembuatan dengan pelaburan besar.

Namun kini penekanan kerajaan kepada industri berasaskan pertanian memberikan peluang yang baik kepada pengusaha tanaman bunga untuk memperkembangkan perusahaan mereka menjadi industri yang berkembang pesat.

Pelbagai jenis bunga boleh diusahakan secara komersil dan salah satu daripadanya ialah orkid.

Bagi kita di Sarawak, kita amat beruntung kerana pihak kerajaan negeri telah memberikan komitmennya untuk menjadikan industri menanam dan mengeksport orkid sebagai salah satu cabang kegiatan pertanian negeri yang diberikan perhatian serius.

Penganjuran Kongres Orkid BIMP-EAGA Ke-2 dari 1-4 Disember 1999 yang lalu anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Jabatan Pertanian Negeri merupakan bukti awal komitmen ini.

Adalah diharapkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan ke atas industri ini bukan sahaja sekadar pada dasar/polisinya sahaja tetapi juga merangkumi pengubalan prosedur yang lebih 'mesra' dan mudah kepada para pengusaha/pengeksport orkid.

Sokongan ini bukan sahaja perlu diperolehi daripada kerajaan, tetapi juga daripada pihak swasta terutama daripada mereka yang terlibat di dalam perkhidmatan pengangkutan.

Industri orkid di negara kita berpotensi berkembang maju dan Sarawak berpotensi besar menjadikan orkid sebagai Bunga Emas kita.
 
 

YB Dato Dr. James J. Masing, Menteri 
Pelancongan Sarawak, merasmikan 
Pameran Orkid dan Kongres Orkid BIMP-EAGA Ke-2
di Tebingan Kuching pada 2 Disember 1999
   
Penyertaan pameran orkid dari 
negara luar sepert Taiwan, 
Singapura, Thailand, Sweden dan 
Jepun menambahkan serinya 
pameran orkid kali ini.
Hiasan lanskap menggunakan 
orkid akan lebih terselah dengan susunan
kreatif spesis-spesis orkid yang bermutu
   
Kuning keemasan. 
Mungkinkah orkid 
boleh menjadi Bunga Emas Sarawak?
Orkid kini semakin mendapat perhatian 
umum di dalam menghiasi landskap taman

Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998