A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
TEKUN Berusaha Meningkatkan Daya Saing Pesaing Kecil

 
Berniaga merupakan salah satu daripada kegiatan yang memberikan pulangan yang baik/ lumayan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Keinginan untuk mengembangkan perniagaan sememangnya tidak pernah luput di hati setiap peniaga, namun hendak mendapatkan pinjaman modal untuk itu ternyata bukan mudah.

Kini pihak kerajaan ada menyediakan alternatif lain kepada golongan peniaga kecil ini melalui skim pinjaman baru yang lebih 'mesra' kepada golongan ini.

Maka lahirlah TEKUN - Tabung ekonomi Kumpulan Usahawan/Usahaniaga.

TEKUN menawarkan modal tambahan dengan mudah sehingga RM10,000.00, cepat dan tidak membebankan kepada peniaga kecil.

Pengwujudan TEKUN juga bermatlamatkan untuk menggalakan budaya menabung di kalangan peniaga kecil di samping dapat mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok serta dapat melahirkan usahawan yang berwawasan dan berdaya saing.
 
 

Objektif Program TEKUN :
1.menawarkan modal tambahan dengan mudah , cepat dan tidak membebankan.
2.menggalakan budaya menabung di kalangan peniaga kecil
3.mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok
4.membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing.
5.membina kemahiran keusahawanan

Skim pinjaman TEKUN berteraskan konsep 'Pinjaman Asas Simpanan.' Pinjaman yang diberikan akan digunakan sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan yang sedia ada.

Lebihan pulangan hasil kejayaan perniagaan pula akan disalurkan untuk disimpan di dalam Tabung Kumpulan/Usaha Niaga (TEKUN) setiap minggu semasa membuat bayaran ansuran mingguan.

 
Kelebihan Skim Pinjaman TEKUN :
1.Tiga perkhidmatan dalam satu: Pinjaman, Tabungan dan Bimbingan
2.Tiada cagaran atau penjamin
3.Caj perkhidmatan hanya 8% setahun
4.Bayaran yang rendah secara mingguan
5.Insuran Takaful
6.Program Pembangunan Keusahawanan
7.Program Pelajar Cemerlang kepada ahli keluarga

 
Skim Pinjaman TEKUN :

Skim pinjaman TEKUN menawarkan beberapa peringkat pinjaman iaitu :
1.Skim 26 minggu (RM1,000.00 hingga RM5,000.00)
2.Skim 52 minggu (RM1,000.00 hingga RM5,000.00)
3.Skim 78 minggu (RM3,000.00 hingga RM10,000.00)
4.Skim 104 minggu (RM5,000.00 hingga RM10,000.00)

Skim pinjaman TEKUN dikendalikan oleh Yayasan TEKUN Nasional (YTN).

Sehingga kini YTN telah menubuhkan 15 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Cawangan YTN Kuching dan Samarahan merupakan cawangan YTN yang ke 14 dan 15.

Sekumpulan 112 peniaga kecil di kedua-dua kawasan ini pada 30/09/99 yang lalu telah menerima cek pinjaman masing-masing daripada En. Bolhassan Di yang mewakili Y.A.B Ketua Menteri pada majlis pelancaran Skim Pinjaman TEKUN Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Kuching.

YTN bercadang membuka lebih banyak cawangannya di seluruh Sarawak dan Sabah bagi membolehkan lebih ramai peniaga kecil mendapatkan manfaat daripada pinjaman TEKUN ini.

Pengwujudan skim seumpama ini sesungguhnya kena pada masanya. Adalah diharapkan semua pihak sama ada di pihak YTN, agensi kerajaan serta peniaga kecil memainkan peranan aktif di dalam menjayakan skim ini.

Kepada sesiapa yang berminat mengetahui keterangan lanjut tentang skim ini bolehlah berhubung dengan Pembantu TEKUN di Cawangan YTN yang terdekat dengan anda atau hubungi Pejabat MARA yang berhampiran.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998