A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
PERJUANGAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Setiap tahun kita meraikan Hari Kebangsaan. Saban tahun pelbagai tema telah dikemukan di samping pelbagai logo telah diperkenalkan.

Mungkin kita tertanya-tanya apa perlunya semua itu dan apa kesan yang telah kita perolehi daripadanya?

Sebenarnya semua itu dilakukan dan diperkenalkan adalah untuk mengingatkan kita betapa kita telah bergerak jauh dari sejarah yang telah kita cipta 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 yang lalu.

Di samping itu sambutan itu juga mengingatkan kita betapa nikmatnya kemerdekaan itu, betapa sukarnya mencapai kemerdekaan itu dan betapa rumitnya mengisi kemerdekaan itu.

Siapa kata kemerdekaan yang kita nikmati ini dicapai tanpa menumpahkan darah?

Lupakah kita kepada para pejuang tanah air yang gugur di medan pertempuran menampan kemaraan tentera jepun?

Lupakah kita kepada parajurit kita yang dihujani peluru menentang pengganas komunis?

Lupakan kita bagaimana getirnya kita berusaha mengekang konfrantasi dari negara jiran kita dalam pembentukan Malaysia?

Sesungguhnya perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan adalah dua situasi yang amat berbeza.

Mengekalkan kemerdekaan lebih merujuk kepada usaha kita menangkis anasir luar daripada menceroboh masuk dan seterusnya menguasai serta memerintah negeri, negara dan diri kita sama ada terang-terangan atau secara halus.

Manakala mengisi kemerdekaan adalah usaha kita memajukan negeri, negara serta masyarakat kita ke tahap yang lebih baik berbanding sebelum kemerdekaan berteraskan budaya dan keperibadian yang dipersetujui bersama sebagai warganegara Malaysia.

Pengisian kemerdekaan menuntut pengorbanan yang sama besar (malah lebih besar dari) dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan itu sendiri kerana pengisian ini harus diusahakan dengan berterusan.

Pengisian kemerdekaan perlu kepada perancangan yang teliti. Perancangan yang memberikan manfaat kepada setiap warganegara di dalam segenap aspek hidup kemasyarakatan.

Untuk itu kita harus bersyukur kerana memiliki sistem pentadbiran kerajaan yang didokong oleh kakitangan awam kita yang sentiasa mengambil kira akan kepentingan rakyat di dalam segenap perancangan serta pelaksanaan projek pembangunannya.

Malah perkhidmatan awam kita dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya agar pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan itu lebih teratur, sesuai dengan situasi semasa serta memberikan manfaat yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.

Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita harus sentiasa ingat bahawa peranan kita juga adalah sebagai agen pembangunan masyarakat dan sebagai agen pembangunan masyarakat, pembangunan yang kita salurkan itu haruslah yang terbaik untuk mereka.

Kita juga berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat kita berupaya mengambil bahagian di dalam semua aspek pengisian kemerdekaan.

Untuk itu kita harus dengan hati yang terbuka membimbing mereka untuk berubah serta mengubah nasib hidup mereka kepada keadaan kehidupan yang lebih baik dengan menggunakan segala sumber yang kita miliki dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya kemerdekaan yang kita nikmati kini bukan suatu yang murah. Terlalu banyak pengorbanan untuknya dan tidak sedikit yang terkorban kerananya.

Oleh itu apa yang dikecapi itu harus dipertahankan dan diperkembangkan. Serikan pengisian kemerdekaan itu dengan khidmat bakti yang tulus demi kemakmuran masyarakat, negeri dan negara kita dan ingatlah bahawa pengisian kemerdekaan itu adalah perjuangan yang tiada penghujungnya.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998