A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Masih Adakah Yang [AMBIL PEDULI?]

Kuarters guru SRK Bukit Kinyau ini sudah 20 tahun usianya Salah satu dari kuaters guru yang digunakan untuk kelas tadika

Rata-rata di kalangan kita tahu akan kepentingan ilmu di dalam kehidupan ini.

Menuntut ilmu itu adalah tanggungjawab setiap individu. Jika suatu ketika dahulu untuk mempelajari sesuatu itu kita perlu pergi berguru yang kadang kalanya memaksa kita berhijrah ke tempat lain.

Namun kini berkat kemudahan yang dikecapi, telah banyak sekolah dibina.

Pembinaan lebih banyak sekolah itu adalah bagi membolehkan masyarakat negeri ini khasnya dan negara ini amnya berupaya mengubah nasib hidup mereka kepada yang lebih baik berteraskan ilmu yang dimilikinya.

Pihak kerajaan pula dari semasa ke semasa terus berusaha untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan kita.

Ribuan juta ringgit telah diperuntukkan untuk itu. Pelbagai konsep pendidikan yang menarik dan peningkatan taraf kemudahan yang lebih baik juga dititikberatkan.

Sungguh pun demikian, masih terdapat sekolah-sekolah di beberapa kawasan di negeri ini khasnya yang seolah-olah tidak mampu untuk mengikuti arus perkembangan pendidikan negara.
SRK Bukit Kinyau, Tanjung Manis, Sarikei...setelah 20 tahun kewujudannya Kemudahan yang ada sedayanya dikekalkan...kemudahan baru? Rasanya belum mahu lagi hendak menjenguk

 

Keadaan sekolah secara fizikal serta kemudahan yang dibekalkan tetap sama seolah-olah baru semalam dibuka sedangkan terdapat sekolah-sekolah ini yang telah lebih 20 tahun didirikan.

Adakah kerana kebanyakan sekolah-sekolah ini terletak di kawasan pedalaman, maka dinyatakan agak sukar untuk dibawakan perubahan atau dinaikkan taraf?

Kenyataan sedemikian mungkin benar, namun itu tidak semestinya tetap benar sepanjang masa..... bak kat pepatah: hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998