A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jika ada kemahuan, di sana ada JALAN

YAB TPM merasmikan pembukaan Jalan Lilitan Luar Bandar Kuching

Usaha gigih kerajaan menyediakan prasarana asas seperti jaringan jalan raya telah banyak mengubah keadaan hidup masyarakat negeri ini.

Maka kerana itu, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana asas yang lengkap dan terbaik di semua kawasan.

Kerajaan sedar dengan hanya memberikan penumpuan membangunkan kawasan bandar utama sahaja pasti akan menyebebkan kesesakan dan secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti hidup masyarakatnya.

Justeru, kawasan luar bandar juga telah diberikan perhatian khusus untuk dibangunkan bagi tujuan menampung serta menampan limpahan pembangunan di kawasan bandar.

Untuk menjadikan ini suatu realiti, maka kerajaan telah membelanjakan sejumlah besar sumber kewangannya untuk penyediaan prasarana asas seperti jalan raya serta jambatan.

Misalnya di dalam belanjawan 1999, kerajaan negeri memperuntukan RM398 juta untuk sektor pengangkutan dan komunikasi iaitu 20% dari peruntukan kesuluruhan.

Keperihatinan kerajaan negeri untuk melihat pembangunan bandar dan luar bandar yang seimbang ternyata bukan janji-janji kosong.

Baru-baru ini sebatang jalan sepanjang 30.2 km yang dikenali sebagai Jalan Lilitan Luar Bandar Kuching relah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B Dato Seri Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan sistem komunikasi di negeri ini dan pada masa yang sama akan dapat membuka kawasan tanah baru untuk pembangunan.

 

Jalan ini merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Kuching dengan Kota Samarahan, Serian dan Asajaya.

Pembinaannya telah memendekkan perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan sepanjang 10.5km.

Pembinaan jalan ini bermula pada 18 Oktober 1995 dan siap sepenuhnya pada 22 Disember 1997. Kos pembinaannya pula melibatkan perbelanjaan berjumlah RM120 juta. Terbinanya jalan ini pastinya akan meningkatkan aktiviti ekonomi di samping membolehkan pergerakan penduduk dan juga hasil pengeluaran dari kawasan sekitarnya dapat dipercepatkan dengan mudah dan senang.


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998