A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
ASN2: Bijak Dahulu, Bijak Sekarang
Y.A.B Ketua Menteri menyampaikan anugerh Pelabur Bijaksana ASN 2

Sarawak merupakan tempat persinggahan terakhir Permodalan Nasional Berhad (PNB) di dalam usahanya untuk menebar luas kesedaran masyarakat Bumiputera tentang kewujudan skim Amanah Sham Nasional Kedua (ASN2) dan sekaligus berusaha meningkatkan penglibatan golongan masyarakat ini melabur untuk kesejahteraan masa depan.

Majlis Pelancaran ASN 2 peringkat negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 10 Ogos 1999 yang lalu di Dewan Suarah, Kota Samarahan.

Y.A.B. Ketua Menteri di dalam ucapannya memuji langkah PNB memperkenalkan skim baru ini.

Beliau turut menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh PNB itu sesungguhnya telah membolehkan masyarakat Bumiputera di negara ini turut sama menikmati pembahagian kekayaan yang lebih baik hasil kepesatan pembangunan ekonomi negara.

Beliau juga menyeru agar masyarakat Bumiputera merebut peluang-peluang pelaburan yang disediakan oleh PNB ini agar dengan itu akan dapat mengubah nasib serta corak kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

ASN 2 merupakan kesinambungan skim pelaburan amanah saham yang diuruskan oleh PNB.

Sebelum ini  PNB Telah menyediakan skim-skim pelaburan Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Wawasan 2020.

Seperti lain-lain skim amanah saham yang diperkenalkan sebelum ini, skim ASN 2 juga menawarkan pulangan jangka panjang yang tetap lagi menguntungkan.

Keupayaan PNB mengembeleng sejumlah hampir RM30 billion modal dan telah berjaya mengembalikan balik sejumlah RM26 billion dalam bentuk dividen dan bonus kepada pelabur-pelaburnya sejak penubuhannya merupakan jaminan terbaik kepada pelabur bahawa PNB merupakan pengurus dana pelaburan yang cekap serta boleh dipercayai.

Dengan kekuatan modal sebegitu besar, PNB telah berjaya membeli saham-saham syarikat terbesar di negara ini di dalam pelbagai sektor dan usaha ini telah membolehkan masyarakat Bumiputera mempunyai pegangan saham serta pembahagian di dalam pembangunan ekonomi negara.

Di Sarawak, syarikat milik PNB turut memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Syarikat-syarikat milik PNB di dalam penanaman kelapa sawit misalnya memiliki sejumlah 51 ribu hektar tanah ladang dan ini merupakan 30% daripada keluasan penanaman kelapa sawit negeri ini.

Kini penglibatan PNB melalui syarikat-syarikat miliknya bukan semata-mata untuk memperolehi keuntungan ringgit, tetapi turut berusaha membantu memajukan tempat mereka beroperasi agar menjadi sebuah penempatan yang serba lengkap dengan prasarana asas yang baik bagi menampung kewujudan sebuah bandar baru.

Usaha itu sedang giat dilaksanakan di kawasanan penanaman kelapa sawit milik syarikat PNB di Labang, Bintulu.

Sesungguhnya pengenalan skim ASN 2 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengubah nasib golongan Bumiputera negara ini.

Kata orang sikit-sakit lama-lama jadi bukit. Bijak melabur, cerah masa depan!


Current Issue | Archives: 2003: August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998