Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Kecil Kabong

26 Ogos 2002 adalah hari bersejarah, buat Pejabat Daerah Kabong telah berpindah secara rasminya ke pejabat baru di Jalan SRK. Abang Leman, Kabong. Bangunan setinggi dua tingkat itu menempatkan Bilik Mesyuarat, Bilik Ketua Masyarakat dan Bilik Sudut Kopi di bahagian bawah manakala di bahagian atas pula ialah Bilik Pegawai Tadbir Sarawak, Bilik Pembantu Tadbir Kewangan, Bilik Pembantu Tadbir Rendah dan Pejabat Am.
Pejabat Daerah Kecil Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Pekan Kabong

Tidak jauh dari Pejabat Daerah Kecil Kabong, terletaknya Pekan Kabong yang mempunyai 3 deretan bangunan kedai kayu.

Lokasi Pekan Kabong Pekan Kabong tidak lagi terpencil dari bandar dan pekan lain berbanding dahulu, malah Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada persekitaran daerah kecil Kabong. Ini kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.

Mengenali Daerah Kecil Kabong

Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah kira-kira 426 kilometer persegi. Sementara jaraknya dari bandar-bandar berdekatan adalah :-
  • Perjalanan ke Bandar Sri Aman (198 km)
  • Sarikei (85 km)
  • Saratok (63 km)
Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kenderaan sendiri.

Penempatan di Daerah Kecil Kabong
Antara kemudahan awam yang disediakan - balai raya (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai Rumah Panjang (Iban) sebanyak 26 buah, Kampung Melayu (27 buah). Kegiatan Ekonomi Penduduk Penduduk di sini kebanyakannya menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ekonomi utama mereka dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa, koko, buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain selain menjadi nelayan serta berniaga secara kecil-kecilan. Kabong Kaya Dengan Hasil Pertanian dan Laut Kelapa adalah hasil pertanian yang utama di sini mana pekebun-pekebun kecil kelapa akan menjual kelapa (tua) dan kelapa kering (kopra) kepada pemborong untuk diproses di luar Kabong manakala kelapa muda dibekalkan kepada gerai-gerai di bandar Sarikei.

Hasil tangkapan ikan pula dijual kepada pemborong, atau dijual sendiri oleh nelayan tempatan di pekan-pekan lain seperti Roban, Saratok, Pusa, Debak, Spaoh hingga ke bandar Sri Aman. Selain itu, ia juga dijadikan ikan kering, ikan masin dan ikan salai.

Penangkapan obor-obor pula dilakukan secara bermusim (musim kemarau) dan ia merupakan mata pencarian yang paling lumayan. Obor-obor yang dijual kepada pemborong yang kemudiannya memprosesnya. Semua bahagian obor-obor ini digunakan sepenuhnya iaitu kepala obor-obor diproses untuk pasaran tempatan manakala badannya diproses bagi pasaran ke luar negara.

Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam
Pasar Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Hampir semua agensi kerajaan terdapat di sini selain Pejabat Daerah Kecil Kabong. Antaranya Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO), Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bahagian Bekalan Air), Jabatan Pengairan Dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Perubatan/ Klinik Desa, Jabatan Pertanian Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Kabong. Pendidikan

Terdapat 12 buah sekolah rendah di sini, sekolah menengah (1 buah), SRB Chung Hua (1 buah) dan beberapa buah tadika dan taska KEMAS. Tarikan Pelancongan

Pantai yang panjang dan bersih sesuai untuk perkelahan, riadah, pesta dan rekreasi seperti Pantai Tanjung Kembang, Pantai Alit dan Pantai Gerigat menjadikan Kabong sesuai dan berpotensi besar dalam bidang pelancongan.

Selain itu, Kabong juga kaya dengan kebudayaan masyarakat tempatan yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina.

Kubu Rentap Sejarah Tak Ternilai

Sementara di Kampung Batang Maro terdapatnya tugu atau Kubu Rentap sebagai lambang kepahlawanan rakyat Sarawak atau Malaysia amnya di dalam menentang penjajahan Rajah Brooke.


Fakta Daerah Kecil Kabong
Keluasan 426 kilometer persegi
Kedudukan 198 km bandar Sri Aman, 85 km dari Sarikei, 63 km dari Saratok
Keistimewaan - Monumen silam (Kubu Charles dan Kubu Rentap),
- Pelancongan
- Terkenal dengan ikan dan obor- obor
Populasi 12,590 (banci tahun 2000)
Komposisi Penduduk Melayu (80%), Iban (17%), Cina (2%), Lain-lain (1%)
Pekerjaan Utama Nelayan (60%), Petani (30%), dan Lain-Lain (10%)
Kemudahan Asas Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (2), Tadika KEMAS (3), Taska (1), Klinik Kesihatan (1), Dewan Serbaguna, Pengkalan Persinggahan Kapal
Perhubungan Utama Perjalanan darat (Bas, Van Persendirian dan Kenderaan sendiri)
Agensi Kerajaan Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, SESCO, Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bekalan Air), Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa (PORIM), MARDI, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Pertanian dan LKIM
MP / ADUN Datuk Peter Tinggom Ak Kemarau (P.179 Saratok)
YB Abdul Wahab Aziz (N.28 Kalaka)

Senarai Pegawai Pentadbir Sarawak Yang Pernah Berkhidmat Di Pejabat Daerah Kecil Kabong

Abang Mansor B. Abg Pong  
Johari Mohidin  
Johnson Luat Sudok  
David Impi  
Wan Ali Tku. Drahman  
Abg Zamahari B. Datuk Abg Abu Talip  
Kiprawi Senusi  
Ismail Takip  
Shamsudin Ahmad Buang  
Baspa Baskop  
Mohidin Seman  
Abd. Ghafur Shariff (Jan 1973 - 1974)
Mejeni Mahmud  
Hamedon Hj Wahab  
Yusuf Hj Amir (22.01.79 - 05.12.81)
Abg Wahed Abg Muzi (01.07.82 - 12.05.84)
Adenan Takip (12.05.84 - 25.07.86)
Besri Benus (26.07.86 - 01.02.88)
Kamaludin Alkap (31.01.88 - 20.04.90)
Mohd Yelsof Lee (21.04.90 - 24.05.93)
Morini Kudan (25.04.93 - 30.11.96)
Abg Ahmad Arabi B. Abg Bolhassan (20.12.96 - 2000)
Andrew Gumbak (09.01.00-15.04.02)
Mansor B. Borhan (01.07.02 - masih berkhidmat)

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998