Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Berpandangan Jauh
Sebagai tulang belakang Kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020, dalam konteks negeri Sarawak, perkhidmatan awam negeri perlulah berpandangan jauh, berupaya meletakkan matlamat yang jauh dan berusaha keras untuk mencapainya.

Oleh itu adalah perlu penjawat awam memahami akan pentingnya perubahan paradigma dalam menentukan pencapaian mereka sendiri yang perlu diselaraskan dengan pencapaian negara dan negeri selain mengenal pasti bidang-bidang di mana pertukaran dan perluasan paradigma diperlukan dan berupaya menerima paradigma yang baru.

Anggota perkhidmatan awam kita juga harus melakukan pertukaran pendekatan yang perlu iaitu kita harus mengelakkan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan kita.

Melalui program seperti mesra rakyat, hari bersama pelanggan yang telah dianjurkan dari semasa ke semasa merupakan medium kita untuk berhubung dengan mudah dan cepat selain bertindak sebagai kaedah penyaluran maklumat berhubung dengan dasar-dasar murni Kerajaan kepada masyarakat. Melalui program sedemikian juga membolehkan masyarakat/pelanggan mendekati dan mengenali kita dengan lebih baik. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengikis sikap terasing dari masyarakat malah turut juga mampu mengikis sikap prejudis sesetengah pihak terhadap perkhidmatan awam – yang sering dikaitkan dengan tidak cekap dan terlalu birokratik.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota perkhidmatan awam/agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk sentiasa mendekati masyarakat supaya mereka dapat memahami secara lebih jelas mengenai dasar-dasar Kerajaan.

Penjawat awam di semua peringkat juga perlu sentiasa memikirkan bahawa semua kerja yang dilaksanakan itu hendaklah menyumbang kepada objektif organisasi dalam jangka masa panjang. Setiap yang dibuat mempunyai makna dan hasil yang menjadikan kerja itu satu kemegahan dan tidak satu bebanan.

Kita juga harus sedar bahawa sebagai individu kita boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha dan pencapaian wawasan organisasi. Kita harus sedar bahawa hasil sumbangan berpasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha terutama sekali kerja-kerja yang kompleks.

Dalam masa yang sama kita harus mengamalkan konsep pengurusan yang mantap dan utuh yang merangkumi perkara-perkara berhubung dengan kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber, pengurusan kewangan dan pelaksanaan program dan aktiviti Kerajaan.

Keutuhan dalam pengurusan dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan/ penyalahgunaan kuasa serta menjamin wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan Kerajaan.

Kita juga harus meneruskan usaha dalam mempertingkatkan prestasi organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Usaha serta inisiatif untuk mempertingkatkan prestasi semua agensi adalah sejajar dengan keperluan untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. Segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan ini akan membawa transformasi dalam perkhidmatan awam demi memastikan hasrat, visi dan misi kita tercapai.

Perkhidmatan awam yang berwawasan mampu menangani perubahan-perubahan masa hadapan dengan bijaksana dan berkesan jika anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998