Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perkhidmatan Doktor Udara Bantu Penduduk Kawasan Pedalaman

Lebih 82 ribu penduduk pedalaman mendapat manfaat daripada perkhidmatan doktor udara
Perkhidmatan doktor udara oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah memberi manfaat kepada kira-kira 90,000 penduduk di kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil di negeri ini, kata Pengarahnya, Dr Yao Sik Chi.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak 165 buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 48,611 orang penduduk pedalaman mendapat faedah daripada perkhidmatan yang diberikan secara percuma itu. Katanya, perkhidmatan doktor udara di Sarawak dibahagikan kepada sembilan pasukan iaitu satu pasukan bagi setiap bahagian. Keseluruhan lokasi lawatan terbahagi kepada tiga zon iaitu Zon Selatan (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong), Zon Tengah (Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah) dan Zon Utara (Miri, Bintulu dan Limbang).

Jadual lawatan disediakan setiap tiga bulan sekali, jadual berkenaan akan diagihkan kepada pihak tertentu seperti RTM dan Jabatan Penerangan untuk tujuan siaran juga syarikat pengendali penerbangan serta kepada pejabat berkaitan di peringkat Bahagian dan Daerah dimana lokasi bagi lawatan berkenaan telah dikenalpasti.

"Perkhidmatan 'doktor terbang' ke setiap lokasi kampung atau rumah panjang yang telah ditetap akan dilakukan sekali dalam sebulan dan biasanya kita menyediakan perkhidmatan rawatan kasihatan selain rawatan untuk ibu mengandung dan bayi yang baru dilahirkan," katanya.

Dr Yao berkata, maklum balas daripada masyarakat luar bandar terhadap perkhidmatan doktor udara setakat ini amat menggalakkan berdasarkan jumlah pesakit yang memanfaatkan perkhidmatan ini. Sehingga kini berdasarkan rekod seramai 82,538 orang penduduk di pedalaman telah menerima rawatan daripada perkhidmatan ini.

"Kita yakin akan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kita pada masa-masa akan datang. Perkhidmatan ini akan diteruskan dan cadangan telah dibuat untuk membahagikan perkhidmatan ini kepada dua iaitu Perkhidmatan Doktor Udara dan satu lagi ialah Perkhidmatan Ambulans Udara, khas untuk penerbangan kecemasan pada bila-bila masa supaya pembatalan lawatan yang alami kini dapat di minimumkan," ujarnya.

Untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut sebanyak tiga buah helikopter digunakan oleh pihak Jabatan Kesihatan. Setiap pasukan akan membabitkan empat kakitangan iaitu seorang doktor, seorang pembantu perubatan dan dua orang jururawat masyarakat atau jururawat terlatih.

Namun begitu katanya, pihak Jabatan Kesihatan turut menghadapi beberapa masalah dalam menyediakan perkhidmatan tersebut seperti kekurangan doktor.

"Kadang-kadang kita meng-hadapi masalah kekurangan doktor, masalah teknikal pesawat yang ditambah juga dengan keadaan di mana terlalu banyak lokasi yang hendak dilawati pada setiap bulan… ini semua menjejaskan perkhidmatan kita. Selain itu keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyukarkan pihak berkenaan menyelaraskan jadual lawatan mereka," tambahnya.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998