Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Kecil Maludam
Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Maludam (Foto Ehsan Pejabat Daerah Maludam)
Daerah Kecil Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di antara Muara Batang Lupar dan Muara Batang Saribas dalam pentadbiran Bahagian Betong yang dahulunya Bahagian Sri Aman. Daerah Kecil Maludam mempunyai keluasan seluas 479 kilometer persegi.

Mengenali Maludam

Sejarah awal wujudnya Kampung Maludam adalah antara tahun 1911 sehingga awal 1930an yang mana pada masa itu terdapat 5 buah rumah sahaja dan didiami oleh mereka yang bernama Bandung b. Dagang, Adak b. Dagang, Kumat b. Dagang, Banun b. Dagang, dan Bangkang b. Katut. Mereka merupakan orang Melanau yang berasal dari Batang Rajang dalam Bahagian Sarikei. Pekerjaaan utama mereka ialah menjadi nelayan.

Bagaimana Maludam Mendapat Nama ?

Bagaimana Kampung Maludam mendapat nama? Mengikut cerita masyarakat di sini, Kampung Maludam mendapat nama dari penghuni pertama yang tinggal di sini yang berbangsa Iban. Pekerjaaannya ialah menangkap ketam. Pada masa itu, ramai orang yang lalu di muara Sungai Maludam dan terserempak dengan orang Iban tersebut dan tertanya-tanya siapakah namanya. Ada di antara mereka yang memberitahu bahawa namanya ialah MALUDAM. Sejak dari itu, kampung ini dipanggil kampung Maludam dan kekallah sehingga ke hari ini.

Namun begitu, ada cerita lain yang menceritakan nama Kampung Maludam adalah dari cerita / kisah seorang lelaki pemalu yang bernama Adam. Pada suatu ketika, orang ke laut terserempak dengan seorang lelaki bernama Adam yang sangat pemalu ini. Bila dia terpandang akan orang lain, lelaki ini akan bersembunyi di sebalik semak di muara sungai. Sifatnya yang peMALU itu telah menjadi sebutan diiringi namanya aDAM (Malu...Dam). Sejak dari itu, maka disebutlah orang Maludam hingga ke hari ini.
Klinik Kesihatan Maludam memberikan kemudahan kesihatan kepada penduduk di sini (Foto Ehsan Pejabat Daerah Maludam)

Kampung Maludam telah dinaik taraf menjadi Daerah Kecil pada awal tahun 1980an dan semenjak itu, kerajaan telah menempatkan beberapa buah pejabat kerajaan dan badan berkanun untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Kecil Maludam.

Agensi Kerajaan Nadi Pembangunan Maludam

Pejabat Daerah Kecil Maludam telah beroperasi sepenuhnya mulai tahun 1980an. Selain pejabat daerah kecil Maludam, agensi kerajan lain yang telah diwujudkan adalah seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Klinik Kesihatan, Balai Polis Pondok, SESCO, pejabat Pos serta Telekom Malaysia. Kini, Jabatan Pendaftaran Negara sedang dalam proses pembinaan bangunan pejabatnya yang terletak di belakang Klinik Kesihatan Maludam.

Jalan Pesisir Pesatkan Pembangunan Maludam

Pada masa kini, tiada jalan utama yang menghubungkan Daerah Kecil Maludam dengan Bandar atau pekan lain. Jalan raya pesisir pantai yang menghubungkan Kampung Triso/ Maludam/ Semarang/ Sepinang/ Beladin/ Pusa masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap dan boleh digunakan pada tahun 2003 atau 2005 nanti.

Kemudahan Pengangkutan

Dari aspek pengangkutan, Daerah Kecil Maludam hanya boleh dihubungi dengan menggunakan laluan pesisir laut dan sungai yang memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan atau 130 km dengan menggunakan bot laju dari Bandar Sri Aman. Untuk ke Pekan Sebuyau yang sejauh 75 km pula, akan memakan masa lebih kurang 1 jam dan ke Pekan Pusa (80 km) juga memakan masa lebih kurang 1 jam. Terdapat juga perkhidmatan Bot Ekspres dari Kuching ke Maludam yang memakan masa 2 ½ jam.
Projek jalan kampung memudahkan pergerakan harian penduduk di Maludam (Foto Ehsan Pejabat Daerah Maludam)

Penduduk dan Kegiatan Ekonomi Maludam

Penduduk Daerah Kecil Maludam terdiri daripada 80% (Melayu/ Melanau), 15% (Iban), dan 5% (Cina). Mengikut Banci Penduduk Dan Perumahan Tahun 2000, jumlah keseluruhan penduduk Maludam adalah seramai 5,230 orang.

Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan, maka punca pendapatan utama penduduknya adalah hasil laut iaitu meliputi 60%, sementara 20% lagi terlibat dalam pertanian, 10% buruh dan selebihnya 10% dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan dan pekerja kerajaan.

Oleh kerana majoriti penduduk Maludam terdiri daripada nelayan dan petani, maka Persatuan Nelayan Unit Maludam dan Pertubuhan Peladang kawasan Maludam telah diwujudkan untuk memberi lebih pendedahan serta bantuan kepada nelayan dan petani agar mereka dapat meningkatkan produktiviti mereka.

Sokongan Kerajaan Bangunkan Maludam

Pembangunan Daerah Kecil Maludam sentiasa mendapat perhatian daripada wakil rakyat yang telah dilantik. Ahli Parlimen untuk Daerah Kecil Maludam adalah YB Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar iaitu Ahli Parlimen P.175 Batang Lupar manakala Ahli Dewan Undangan Negeri pula adalah YB Encik Julaihi Bin Narawi ADUN N.20 Sebuyau.

Pendidikan

Dari segi pendidikan pula, terdapat 2 buah sekolah rendah di Daerah Kecil Maludam iaitu, SK Maludam dan SJK Chung Hua Maludam. Selain itu, terdapat kelas-kelas Pra-Sekolah.

Potensi Homestay Maludam

Di Daerah Kecil Maludam terdapat sebuah Taman Negara yang dikenali sebagai Taman Negara Maludam yang seluas 43,147 hektar. Taman Negara Maludam yang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak Vol. LV bertarikh 31 Mei 2000. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kajian dan penyelidikan terperinci masih giat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Hutan Sarawak.

Kepelbagaian hidupan liar, flora dan fauna serta keunikan Kampung Maludam ini telah menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke kampung Maludam dan pihak Singai Travel Agency dengan kerjasama penduduk kampung Maludam telah mengadakan program Homestay untuk para pelancong di sini.

Pelancong yang mengikuti program Homestay ini akan berpeluang untuk mengikuti dan menikmati kehidupan di Kampung Maludam serta dibawa bersiar-siar ke Taman Negara Maludam ini. Walau bagaimanapun, kehadiran pelancong asing masih rendah dan publisiti yang meluas perlu diadakan dengan lebih giat.

Pada tahun lepas, sekitar 25 orang pelancong asing telah mengikuti program Homestay ini dan pada tahun ini (setakat bulan Julai 2002) hanya 15 orang pelancong yang kebanyakannya warga Jerman dan Belanda telah berkunjung ke Daerah Kecil Maludam melalui Program Homestay ini.

Masa Depan Maludam

Daerah Kecil Maludam merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan yang sedang membangun. Usaha ini ternyata lebih giat dengan kegigihan pemimpin masyarakat di samping bantuan serta kerjasama jitu agensi kerajaan dan swasta dengan penduduk setempat.

Fakta Daerah Kecil Maludam
Keluasan 479 kilometer persegi
Jarak dari bandar/pekan terdekat 130 km bandar Sri Aman
75 km dari Sebuyau
Cara Perhubungan Pengangkutan laut (bot laju /ekspres)
Pecahan Penduduk 80 % (Melayu/ Melanau), 15% (Iban), 5 % (Cina)
Pekerjaan Penduduk Nelayan dan Petani
Kemudahan asas/Pendidikan SK, SJK dan Tadika
Ahli Perlimen ADUN YB Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (P.175 - Batang Lupar)
YB Julaihi Bin Narawi (N. 20 - Sebuyau)

Senarai Pegawai Pentadbir Sarawak Yang Pernah Berkhidmat Di Pejabat Daerah Kecil Maludam

Mohd Ainie Haji Wahab 1983 -1984
Abdul Rahman Bin Mohamad 1984 - 1987
Aliasan Bin Haji Mohd Wasli 1987 - 1989
Philip Peter Salam 1990 - 1993
Salbia Iri 1994 - 1995
Juhairi Bin Bujang 1996 - Feb 2001
Suhandi Haji Tugiman (Relief Duty) Mac 2001 - Mei 2002
Hairol Nizam Bin Morshidi Jun 2002 -sekarang

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998