Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
State Secretary's View
Keikhlasan Dalam Menjalankan Tugas

Secara kelazimannya, semua orang tahu erti ikhlas. Namun tidak ramai pula yang tahu untuk mengamalkannya. Mungkin kita tidak mahu atau sememangnya perasaan ikhlas tidak wujud kerana persekitaran yang tidak menyenangkan kita.

Dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan harus disertakan dengan ikhlas. Ini kerana kita mahu melakukan sebaik mungkin tanpa mengharapkan apa jua imbuhan. Mungkin juga kita ikhlas kerana berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan kita pekerjaan. Kita juga ikhlas sebab kita mahu mencari rezeki yang baik untuk keluarga kita.

Sebenarnya perkataan ikhlas memberi kesan besar kepada kita sama ada kita menyedarinya atau tidak. Perasaan kecil yang tertanam di hati kita sebenarnya berupaya untuk mencorakkan cara kerja dan keupayaan kita untuk menghasilkan yang terbaik. Namun ketidakikhlasan juga boleh menonjolkan imej negatif yang ada pada diri kita dan dapat dilihat daripada hasil kerja kita.

Ada di antara kita yang tidak puas hati dengan imbuhan yang diberikan dibandingkan dengan beban tugas yang berat pada pandangan kita sendiri. Jadi perasaan ini dilahirkan dengan tidak menghiraukan kualiti kerja, membuat kerja sambil lewa, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Namun tidak ramai yang mahu menerima hakikat yang mereka mengalami keadaan sedemikian kerana tidak ikhlas dalam apa juga pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka mengharapkan ganjaran yang kononnya setimpal sedangkan tidak ada usaha pada mereka untuk memberikan perkhidmatan yang sewajarnya dan yang terbaik.

Seharusnya semua orang menyedari bahawa semakin tinggi imbuhan yang kita terima semakin berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Tugas dalam perkhidmatan awam merupakan tugas yang mencabar kerana kita merupakan penghubung antara kerajaan dan masyarakat. Kegagalan kita berfungsi dengan baik mengakibatkan kegagalan kepada kerajaan dan kerugian kepada masyarakat. Tanggungjawab besar sebegini tidak seharusnya diambil mudah oleh semua orang dalam perkhidmatan awam.

Besar pangkat atau imbuhan bukanlah ukuran untuk ketenangan minda. Jika kita ikhlas melakukannya, kita akan suka dengan apa yang kita dapat kerana kita tidak mengganggu hak orang lain. Tidak merugikan orang lain. Jadi sedikit atau banyak imbuhan yang kita terima adalah hak kita yang sememangnya tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Kita seharusnya berbangga kerana dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi kepentingan masyarakat. Keikhlasan dapat dilihat hasilnya apabila masyarakat suka dengan sebarang tindakan yang kita buat. Walaupun kita mungkin tidak menerima ucapan terima kasih secara langsung, namun sebarang kemajuan yang ditunjukkan seharusnya membuahkan kepuasan yang tinggi pada diri kita.

Kita seharusnya ada rasa bangga dengan diri kita. Kita tidak perlukan pengiktifaran daripada orang lain. Kita sendiri adalah orang yang paling layak untuk menilai dan mengiktiraf diri sendiri. Bukankah ini imbuhan yang paling tinggi yang semua orang cari-cari?

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998