Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Sambutan HPPN Bagi Menghargai Sumbangan Peladang, Penternak dan Nelayan

YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu ak Numpang merasmikan Perayaan HPPN 2002

Kaum Peladang, Penternak dan Nelayan telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan negara umumnya dan negeri Sarawak khasnya dalam pengeluaran makanan dan bahan mentah bagi pelbagai sektor yang berkaitan.

Sebab itu, perayaan Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPN) diadakan setiap tahun sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu ak Numpang pada perasmian Perayaan HPPN 2002 di Dewan Suarah Sarikei pada 29 Ogos lalu.

Di samping itu, Perayaan HPPN juga bertujuan untuk memilih dan memperkenalkan usahawan yang berjaya, mempromosi projek dan hasil pengeluaran mereka, memperkenal dan mempromosi teknologi terkini dan menggabungkan para usahawan dan sektor swasta bagi memantapkan lagi industri pertanian negara.

Karyawisata (lawatan sambil belajar) yang diadakan memberi informasi tentang teknik terkini di dalam bidang pertanian

Tahun ini, HPPN dianjurkan buat kali kedua di Sarikei dan kali ke-18 sejak tahun 1984. Bertepatan dengan tema kali ini iaitu 'Transformasi Pertanian Melalui Teknologi,' sektor pertanian diharap akan dapat memulakan perubahan dengan menggunakan teknologi terkini agar mampu menghasilkan produk yang berdaya saing.

Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Mohd. Effendi Norwawi dalam ucapannya pula menegaskan bahawa kaum Peladang, Penternak dan Nelayan di negeri ini perlu sentiasa peka dengan pelbagai program yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI, SALCRA dan sebagainya dalam membantu membangunkan sektor pertanian.

Menurutnya lagi, kerajaan Persekutuan telah berusaha membantu penanam lada hitam di Sarawak berikutan harga yang kurang menentu di pasaran antarabangsa dan memanjangkan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan kepada penanam padi sawah di negeri ini mulai September tahun ini.

Salah seorang pemenang ketika perayaan HPPN 2002, En. Layang ak Angot menerima piala

Sementara itu, YB Dato Sri Haji Adenan Haji Satem, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak dalam ucapannya pula menjelaskan bahawa sektor pertanian telah menyumbang kira-kira RM1.3 billion kepada nilai eksport utama Sarawak pada tahun 2000 dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Namun, pada tahun yang sama permintaan yang tinggi terhadap produk pertanian menyebabkan negeri masih perlu mengimport kira-kira RM1.6 juta hasil pertanian dari luar.

Justeru, kerajaan telah memberi perhatian terhadap pembangunan tanah untuk tujuan pertanian komersil kerana ia menjanjikan peluang pasaran yang besar.

Kerajaan Negeri telah merancang beberapa strategi terutamanya bagi membolehkan kaum peladang, penternak dan nelayan di negeri ini mampu bersaing menjelang penguat-kuasaan kawasan perdagangan bebas Asean (AFTA) tidak lama lagi.

Para peserta karyawisata mendengar taklimat daripada Pembantu Pertanian dan tuan punya kebun buah-buahan yang dilawati

Antaranya, menyeru mereka menilai prestasi sendiri serta sektor pertanian, memahami dan menghayati dasar terkini kerajaan, berfikiran lebih positif terhadap pemodenan pertanian dan gigih meningkatkan sosio-ekonomi sendiri dan memahami serta mengamalkan beberapa teknologi terkini.

Di samping itu, kerajaan negeri juga menyediakan pakej insentif kepada pihak-pihak swasta yang berminat melibatkan diri dalam sektor pertanian di negeri ini.

Perayaan kali ini telah disertai kira-kira 1,000 orang peserta Peladang, Penternak dan Nelayan dari seluruh Sarawak yang turut terlibat dalam aktiviti yang disediakan khas untuk mereka seperti 'Karyawisata' (lawatan sambil belajar) dan 'Forum Pertanian Dan Industri Makanan'.

Pelbagai aktiviti juga telah berlangsung selama tiga hari bermula 29 Ogos yang telah menarik kehadiran orang ramai terutamanya pameran pembangunan.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk melihat tapak pameran HPPN bagi mengetahui perkembangan terkini dalam bidang pertanian


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998