Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Hak – Yang Memberi dan Menerima
– Siapa yang Berhak?

Kita rasa kita berhak untuk hidup dan menikmati kehidupan ini. Namun adakah kita telah menunaikan hak kita kepada Tuhan yang memberi pelbagai nikmat kepada kita? Bayangkan jika kita perlu membayar untuk setiap udara yang kita sedut ini dalam Ringgit Malaysia. Mampukah kita membayarnya? Memang kita tidak mampu dan bukan itu yang Tuhan mahu
daripada kita. Dia cuma mahukan ketaatan, kepatuhan serta keikhlasan kita kepadaNya. Oleh itu tunjukkan kepadaNya bahawa kita telah melaksanakan segala suruhan dan perintahNya dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Apabila kita bercakap tentang hak, ianya sebenarnya adalah suatu yang amat subjektif dan mempunyai pelbagai penafsiran. Namun secara amnya, hak adalah suatu unsur yang membolehkan kita berkuasa ke atas sesuatu atau keupayaan atau berupaya untuk melakukan sesuatu. Kita rasa kita berhak untuk mendapat atau menggunakan pelbagai kemudahan serta imbuhan yang ada. Namun adakah kita layak atau benar-benar layak untuk memperolehinya?

Mungkin ada di antara kita yang berkata : “Saya berhak,” “Sememangnya itu hak saya,” “Dalam hal ini hak saya dinafikan,” “Saya menuntut hak saya,” dan lain-lain lagi. Namun adakah kita sedar bahawa apa yang kita ucapkan adalah sesuatu yang sepatutnya? Atau adakah patut kita mengucapkannya semata-mata kerana kita berasa kita patut dan kita dinafikan daripada memperolehinya? Sebelum kita mempunyai hak atau berhak, kita perlu mempunyai
keupayaan untuk mendapatkan hak berkaitan. Keupayaan itu pula banyak bergantung kepada ketinggian keperibadian dan keutuhan maruah serta integriti kita yang akan menjadi elemen penting kepada ‘kelayakkan’ kita mendapatkan hak yang ‘sepatutnya’ kita dapat. Oleh yang demikian adalah penting bagi kita dalam apa situasi, kita mampu dengan sepenuh hati dapat melaksanakan segala yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan amanah serta tanpa sebarang rungutan dan bantahan. Jika tidak ‘hak’ yang kita miliki itu atau yang ‘sepatutnya’ kita miliki itu tidak sah.

Hak yang kita miliki itu atau yang ‘sepatutnya’ kita dapat,sebenarnya bukan suatu yang mutlak. Ia sebenarnya hanya satu ‘pinjaman’ dan ‘keistimewaan’ yang pada bila-bila masa boleh ditarik balik. Oleh yang demikian, sebagai individu yang mempunyai hak dan ingin mengekalkan hak itu, maka dia harus berusaha memastikan bahawa dia sentiasa layak untuk mendapatkan haknya tanpa berkompromi dengan elemen-elemen yang boleh merosakkan keperibadian dan meruntuhkan maruah dan integritinya.

Dalam kita melaksanakan tugasan seharian kita, mungkin ada yang beranggapan bahawa kita berhak mendapat bayaran upah yang yang telah dipersetujui serta menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan tanpa perlu dipersoalkan lagi. Adakah ini benar? Kita berhak mendapat upah yang elah dipersetujui dan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan jika kita telah menunaikan hak kita ke atas apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh majikan dengan usaha yang terbaik bukan pada ukuran atau tanggapan kita.

Mungkin tiada definisi jelas tentang ukuran terbaik itu. Namun bagi kita dalam perkhidmatan awam, ukuran terbaik itu sebenarnya telahpun digariskan dalam pelbagai peraturan, prosedur, polisi serta telah ditetapkan dalam sukatan kerja kita masing-masing yang harus kita ikuti dan laksanakan. Bukan setakat itu sahaja, kita juga diberikan peluang seluas-luasnya untuk mengutarakan cadangan-cadangan untuk membaiki proses kerja kita agar sistem enyampaian perkhidmatan kita lebih cekap yang matlamat akhirnya akan membolehkan kita memenuhi tuntutan pelanggan dengan baik.

Perlu kita sentiasa ingat bahawa ke atas kita ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan. Bagi kita penjawat awam, adalah penting kita mengingati bahawa sebelum kita beranggapan bahawa kita ‘berhak’ untuk mendapat sesuatu yang kita rasakan sepatutnya kita perolehi hanya kerana kita seorang penjawat awam, harus kita pastikan kita telah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita oleh kerajaan, pemimpin, ketua kita dan juga masyarakat dengan sebaiknya. Jika tidak kita sebenarnya tidak berhak ke atas apa-apa pun!

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998