Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Masyarakat Limbang Menikmati Pembangunan Pesat

Lapangan Terbang Baru Limbang merupakan salah satu lagi mercu tanda kejayaan pembangunan di negeri ini yang mampu membawa kepada pembangunan yang lebih pesat kepada bahagian ini keseluruhannya. Lapangan terbang baru Limbang mempunyai kemudahan moden dan mampu mengendalikan kapal terbang lebih besar iaitu jenis ‘Fokker 50’.

Lapangan terbang lama hanya dapat digunakan oleh pesawat jenis ‘Twin Otter’ yang sekadar mampu membawa seramai kira-kira 18 orang dan jadual perkhidmatan yang banyak bergantung kepada keadaan cuaca. Ia terletak kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar dan dibina di kawasan tanah seluas 293 hektar di Rangau dan mempunyai landasan terbang sepanjang 1,500 meter. Landasan terbang yang lama hanya 580 meter panjang.

Terminalnya pula mampu menampung kira-kira 100 penumpang pada satu-satu masa dan tempat letak pesawatnya berupaya menempatkan dua Fokker 50 pada masa yang sama. Lapangan terbang itu mula dibina pada September 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir Jun lalu dengan peruntukan kira-kira RM150 juta.

Kemudahan pengangkutan udara yang lebih baik ini sudah tentu akan meningkatkan kehadiran pengunjung seterusnya menggalakkan perkembangan industri pelancongan di bahagian ini. Aktiviti seperti Pesta Limbang, Pesta Lun Bawang, Pesta Lawas serta pesta lain yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan sudah pasti akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai pelawat kerana pengunjung tidak perlu lagi risau dengan pengangkutan udara yang
terhad seperti yang sering dialami sebelum ini.


Usaha mengindahkan bandar Limbang dan bandar Lawas dengan mewujudkan taman-taman juga merupakan sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan di bahagian ini. Begitu juga dengan penyambungan Tebingan Sungai Limbang dan Tebingan Sungai Lawas tidak lama dahulu merupakan petanda awal bahawa Limbang sebenarnya telah bersedia menerima kehadiran pengunjung yang lebih ramai. Prasarana pendidikan juga giat ditingkatkan dengan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Lawas dan SMK Kubong, Limbang.

Pembinaan SMK Kubong melibatkan peruntukan bernilai RM43.3 juta yang mampu menampung kira-kira 1,100 orang pelajar dan dilengkapkan dengan 36 buah bilik darjah dan 2 blok asrama, satu blok dewan serbaguna, satu blok dewan makan, satu blok surau dan kuarters guru. Kumpulan pertama pelajar yang seramai kira-kira 800 orang telah mendaftar di SMK Kubong bagi memulakan sesi penggal kedua persekolahan yang bermula bulan Jun tahun ini.

Pembinaan SMK Merapok pula melibatkan kos sebanyak RM48 juta dan apabila siap kelak, sekolah ini juga berupaya menyediakan peluang pendidikan menengah kepada kira-kira 1,100 pelajar. Sebuah lagi projek pembangunan besar di bahagian itu ialah projek Penjara Baru Limbang dengan keluasan kira-kira 35 ekar. Sejumlah RM84 juta diperuntukkan untuk projek itu yang kini hampir siap sepenuhnya.

Baru-baru ini kerajaan negeri turut mendedahkan bahawa cadangan pembinaan jalan raya yang merentas bahagian Limbang dengan negara Brunei dan negeri Sabah mungkin akan menjadi kenyataan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek itu sudah tentu akan mengubah perkembangan sosioekonomi di bahagian ini.
Kemudahan yang selesa disediakan di bangunan terminal
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998