Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Cabaran Membangunkan KAPIT

Pengangkutan air menjadi nadi
pembangunan Bahagian
Bahagian Kapit merupakan satu-satunya bahagian di Negeri Sarawak yang hanya boleh dihubungi dengan pengangkutan sungai. Keadaan itu telah memberi cabaran besar kepada perancang dan pelaksana pembangunan bagi membolehkan bahagian itu melalui proses pembangunan yang berterusan. Kawasan bergunung-ganang yang turut mempengaruhi pola petempatan berselerak merupakan cabaran memandangkan ia akan menyebabkan kos projek yang tinggi selain kesukaran pemantauan projek dan pengangkutan bahan binaan.

Walau bagaimanapun, agensi-agensi kerajaan di peringkat bahagian telahpun mengambilkira perkara itu dalam perancangan bahagian. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) Bahagian Kapit telah menerima peruntukan kira-kira RM163.7 juta daripada kerajaan negeri untuk pelbagai projek pembangunan. Antara projek pembangunan utama ialah Empangan Hidro Elektrik Bakun, Kompleks Kerajaan Negeri Kapit dan Tebingan Batang Rajang,

Pembinaan jalan raya turut diberi peruntukan besar iaitu kira-kira RM79.1 juta untuk meningkatkan capaian hubungan jalan darat di bahagian itu. Pejabat Residen Bahagian Kapit dengan kerjasama Unit Perancang Negeri juga telah menyiapkan Program Pembangunan Wilayah Tunoh. Program itu dirangka bagi membawa pembangunan pesat ke kawasan pedalaman bahagian itu dan dijangka mula dilaksanakan tahun ini. Antara komponen asas yang akan dilaksanakan ialah berkaitan kemudahan pengangkutan dan perhubungan, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Kawasan Perindustrian Ringan di Jalan Bleteh, Kapit bernilai RM5.6 juta pula sedang dalam pelaksanaan. Kewujudannya akan mempelbagai kegiatan ekonomi di bahagian itu serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Eko-pelancongan dikenalpasti mempunyai potensi besar untuk maju


Bahagian Kapit mempunyai kawasan hutan yang cukup luas. Atas kelebihan itu, Kapit telah menetapkan visinya sebagai destinasi utama pelancongan berasaskan alam (eko-pelancongan) di negeri ini menjelang tahun 2015. Antara kawasan eko-pelancongan utama yang ada di situ ialah Taman Rekreasi Sebabai, Taman Negara Pelagus, Taman Lindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Pelagus Resort.

Ia merupakan potensi besar bagi Bahagian Kapit memandangkan pada tahun 2002 sahaja hampir 300 ribu pelawat telah direkodkan mengunjungi taman- taman negara, pusat-pusat lindungan hidupan liar dan kawasan-kawasan lindungan semulajadi di seluruh negeri ini. Sementara itu, Pejabat Residen Kapit mencatatkan kira-kira 370 orang pelancong asing yang telah mendapatkan permit untuk ke Belaga dan Baleh pada tahun yang sama.

Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian Kapit ( TTG) pula telah memilih Rumah Lulut, Sungai Tisa, Yong sebagai projek perintis program ‘Home Stay’ di bahagian Kapit. Rumah Lulut merupakan rumah panjang contoh di bahagian itu yang pernah memenangi pertandingan rumah panjang terbaik peringkat kebangsaan. Ia dipilih kerana potensinya untuk berkembang sebagai lokasi kegiatan sukan memancing dan eko-pelancongan.

Safari Rakit Baleh-Kapit yang diadakan setiap tahun sejak beberapa tahun lalu merupakan usaha awal yang tepat pada masanya bagi merealisasikan visi
bahagian ini sebagai destinasi eko-pelancongan. Perubahan demi perubahan yang dilalui bahagian Kapit setiap tahun menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa berusaha membangunkan seluruh bahagian di negeri ini tanpa mengira lokasinya.
Rumah Lulut, Sungai Tisa, Yong dipilih sebagai perintis pelancongan ‘Home Stay’ di Bahagian Kapit Projek eko-pelancongan di
Sg. Tisa, Yong


Kesukaran dan cabaran untuk membawa pembangunan ke bahagian itu sehingga berdirinya projek-projek yang diusahakan sudah pasti akan memberi
kepuasan kepada setiap mereka yang pernah terlibat dalam usaha berkenaan.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998