Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kesesakan Jalan Raya Kesan Pembangunan Pesat Ekonomi Negeri

Kerja pembinaan masih giat dilaksanakan
Pembangunan pesat dalam pelbagai sektor penting di negeri ini telah menyebabkan jalan raya utama di sekitar bandaraya Kuching kian sesak. Keadaan itu lebih ketara pada waktu puncak (pagi dan petang ketika hendak ke pejabat dan balik dari pejabat). Jalan Batu Kawah merupakan antara lokasi kesesakan yang tidak asing lagi bagi pengguna jalan raya di sekitar Kuching.

Begitu juga dengan Bulatan Batu Tiga yang menjadi jalan penghubung bagi pengguna dari / ke kawasan pusat bandar, Penrissen, Serian, Batu Kawah / Bau / Lundu, Simpang Tiga, Hui Sing / BDC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Namun demikian, situasi berkenaan dijangka berubah apabila Projek Menaiktaraf Jalan Batu Kawa yang dimulakan kira-kira dua tahun lalu dijangka siap menjelang hujung tahun ini, tiga bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Projek itu dibiayai oleh kerajaan pusat dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM111 juta. Komponen utama dalam pembinaan itu ialah jejambat dua lorong bagi laluan sehala. Jejambat pertama sepanjang kira-kira 500 meter menghubungkan Jalan Penrissen dengan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce. Jejambat kedua pula menghubungkan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce ke Jalan Penrissen dengan panjang kira-kira 550 meter. Turut dibina ialah laluan jalan bawah ( underpass) dengan dua lorong sehala yang akan menghubungkan Jalan Rock dengan Jalan Batu Kawa. Laluan itu dibina dengan panjang kira-kira 400 meter dan akan dilengkapi dengan dua alat penyedut air.

Pembinaan laluan jalan bawah itu menjadikannya yang pertama seumpamanya di negeri ini. Jalan raya yang menghubungkan Jejambat Batu 3 dengan Jalan Batu Kawa (sehingga jambatan yang merentangi Sungai Sarawak) sepanjang kira-kira 7.5km pula melibatkan pembesaran jalan berkenaan dari dua lorong kepada empat lorong bagi dua hala. Turut ditingkatkan ialah sistem saliran yang baru bagi mengelak masalah limpahan air di atas jalan raya seperti yang sering berlaku sebelum ini ketika musim hujan.

Pemandangan dari udara jejambat yang menghubungkan Jalan Penrissen dan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce Jejambat yang telah siap dan telah dibuka kepada pengguna jalan raya


Projek itu apabila siap sepenuhnya dijangka mampu memendekkan masa perjalanan para pengguna laluan jalan berkenaan. Bagi kenderaan perdagangan dan komersil umpamanya, sudah tentu ia akan membantu meningkatkan lagi kegiatan ekonomi di negeri ini.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998