Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Kecil Pusa

Pejabat Daerah Pusa

Disebut sahaja nama Daerah Kecil Pusa, sudah tentu akan terlintas di pemikiran kita bagaimana daerah kecil ini mendapat namanya. Menurut cerita orang tua-tua di sini, suatu ketika dahulu terdapat sebuah kawasan kebun kecil yang didiami oleh sekumpulan petani dan dikenali sebagai 'Kebun Putat'.

Malangnya, kawasan ini selalu dilanda oleh ombak sehingga mereka meneroka kawasan baru untuk dijadikan perkampungan. Pada suatu pagi, ketika bergotong-royong membersihkan kawasan baru itu, mereka telah terserempak dengan seekor 'kucing hitam'. Akhirnya, timbul cadangan untuk menggelarkan nama kampung baru itu sebagai 'Kampung Pusa' (kucing).

Daerah Kecil Pusa, merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di dalam Bahagian Betong serta terkenal dengan 'ikan terubok', terutamanya di Kampung Beladin dan Kampung Pusa di kalangan masyarakat luar. Daerah kecil ini mempunyai keluasan 362.47 km persegi ataupun terletak sejauh 90 km dari Bandar Betong.

Untuk sampai ke sini, memerlukan masa lebih daripada satu jam perjalanan menggunakan jalan darat, jika bergerak dari bandar Betong, ataupun dua jam perjalanan dari Bandar Sri Aman. Jarak ini termasuk laluan yang perlu dilalui dari simpang jalan besar (Lebuh Raya Pan Borneo) iaitu kira-kira 19 km untuk sampai ke Pekan Pusa.

Pekan baru Pusa

Bagi penduduk tempatan, pengangkutan darat masih menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, kepentingan pengangkutan air juga tidak dinafikan seperti penggunaan bot ekspres, bot laju dan perahu tambang bagi penduduk di kawasan pedalaman.

Pentadbiran

Pejabat Daerah Kecil (PDK) Pusa, yang terletak di tengah-tengah Pekan Pusa sekarang ini ditadbir oleh Pegawai Tadbir Sarawak, Pusa, En. Adenan Bin Takip.

Namun, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa bangunan PDK Pusa yang ada sekarang ini merupakan bangunan yang ketiga, semenjak kewujudan Daerah Kecil Pusa. Ia telah digunakan sejak tahun 1993, yang sebelum ini terletak di Kg. Hulu Pusa (sekitar 70-an) dan di Kg. Hilir Pusa (sekitar 50/60-an). Dikatakan bahawa tapak bangunan PDK Pusa di Kg. Hilir Pusa telah pun ditenggelami oleh air.

Daerah Kecil Pusa sekarang ini didiami oleh seramai 20,219 orang penduduk di 3,242 buah rumah. Kampung Beladin terkenal disebabkan ia mempunyai bilangan rumah terbanyak iaitu 1,253 buah rumah. Kampung itu sahaja menjadi kediaman kepada 5,963 orang penduduk.

Kampung Beladin juga terkenal kerana lokasinya yang strategik serta dihubungkan dengan Jalan Pesisir Triso-Maludam.

Majoriti penduduk di sini terdiri daripada kaum Melayu iaitu 95 peratus. Selebihnya ialah Cina dengan 3 peratus dan lain-lain sebanyak 2 peratus.

Antara projek pembangunan yang dijalankan di daerah kecil ini ilah pembinaan jalan ke Kg.Tambak

Berdasarkan penglibatan dalam aktiviti ekonomi, masyarakat Cina lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti perniagaan, sementara masyarakat Melayu pula ramai yang menjadi petani, nelayan, bekerja buruh, penambang dan berniaga secara kecil-kecilan.

Tempat menarik untuk dikunjungi

Bagi yang gemar ke tempat bersejarah, Pekan Pusa adalah pilihan yang sesuai kerana terdapatnya 'Makam Dayang Isah Tandang Sari' dan 'Makam Raja Bertanduk'. Kedua-dua tempat ini dianggap sebagai tempat bersejarah kerana ia mempunyai lagenda yang tersirat dan tidak ramai yang mengetahuinya secara jelas.

Kawasan ini juga terkenal dengan sejenis makanan yang sering mendapat sambutan penduduk tempatan iaitu 'Suman Pais' yang diusahakan oleh salah seorang penduduk Kampung Pusa. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada tepung rumbia atau lebih dikenali sebagai 'Lemantak'.

Intinya pula dibuat daripada ikan dan udang yang diperoleh bekalannya daripada penduduk sekitar. Ia dimasak menggunakan kaedah pembakaran ataupun dipanggang.

Bagi yang mencintai keindahan alam semulajadi serta sukakan aktiviti santai terutamanya di hujung minggu, pantai berpasir yang bersih dan menarik boleh dikunjungi di Beting Maro.

Program Pembangunan

Jeti Kg. Pusa - yang menjadi antara penghubung utama ke Kg. Pesisir Pusa

Pada masa ini, projek RGC (Pusat Pertumbuhan Desa) di Beladin yang seluas 6,363 hektar, rancak dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan, sesuai dengan matlamat penubuhannya untuk membangunkan kawasan berkenaan. Pada hari ini, ia telah memberi manfaat secara langsung kepada 7,619 penduduk. Di bawah RMK-7, sebanyak RM 10,794,870.00 diperuntukkan untuk RGC Beladin dan telah meningkat kepada RM 22,200,000.00 di bawah RMK-8.

Jalan-jalan pesisir dari Triso ke Beladin juga sedang dalam pembinaan yang dijangka akan siap dan dapat digunakan menjelang tahun 2003.

Sementara itu, jalan yang menghubungkan Manggut ke Tuie juga sedang dalam pembinaan di bawah RMK-8 yang akan memberi kemudahan kepada semua penduduk khususnya di Daerah Kecil Pusa.


Fakta Daerah Kecil Pusa

Keluasan 362.47 kilometer persegi
Bilangan penduduk 20,219 orang; 95% Melayu, 3% Cina, 2% Lain-lain
Jarak dari Bandar 90 km dari Betong, 150 km dari Sri Aman (19 km dari Lebuh Raya Pan Borneo)
Pengangkutan Jalan darat (bas & kereta) Jalan air (bot ekspres, bot laju & perahu tambang)
Kemudahan Bekalan air, telefon awam, bekalan elektrik, jalan raya, Klinik Kesihatan, Perpustakaan Awam, Balai Polis, Sekolah Rendah (10 buah) dan Sekolah Menengah (sebuah)
MP/ADUN

YB Hj. Bolhassan B. Hj. Di (N.21 Beting Maro)
YB Wan Junaidi B. Tuanku Jaafar (P.175 Batang Lupar)



Pegawai Yang Pernah Berkhidmat

1. SAO Abang Ali (semasa pemerintahan British)
* Pejabat di Kg. Hilir, Pusa

2. SAO Abang Mansyur

3. SAO Abang Terini

4. SAO Tengku Hosen (1950-an)

5. SAO Abang Maimun

6. SAO Welfer Kedit (1960-an)

7. SAO Wan Mahda
* Pejabat di Kg. Hulu, Pusa

8. SAO Solomon Buyong

9. SAO Dolhan Yunus
(1970-an)

10. SAO Wasli bin Ramli

11. SAO Dolhan Yunus

12. SAO Peter Mandy
13. SAO Ramli Hj Bollah (1980-an)

14. SAO Ghafur Shariff

15. SAO Ramli Hj Bollah

16. SAO Yusof Hj Amir

17. SAO Philip Peter Salam

18. SAO Salbia Iri
* Pejabat di Kg. Seberang, Pusa

19. SAO Jamaludin Dapol (1990-an)

20. SAO Zulkipli Morshidi

21. SAO Adenan bin Takip (sekarang)

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998