Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kehadiran Yang Di-Pertuan Agong sambil diiringi oleh Yang Di-Pertua Negeri ke Majlis Rumah Terbuka Gawai 2002 disambut mesra pemimpin - pemimpin peringkat negeri

Perayaan Gawai Suburkan Integrasi Nasional

‘Bersatu Menjayakan Wawasan 2020, itulah tema sambutan perayaan Gawai tahun ini, seiring dengan peranan masyarakat Dayak yang sama pentingnya dengan peranan kaum lain di negara ini dalam usaha mencapai hasrat dan cita-cita negara mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Perayaan Gawai kini telah diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai satu daripada perayaan suku kaum yang rasmi. Sejajar dengan itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta pelbagai pihak berganding bahu mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak 2002 di Kuching.

Tan Sri Datu Dr. Muhamad Taha bin Arif, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berucap di Persidangan Healthy Cities di Kuching baru-baru ini

Bandaraya Kuching Rintis Pelaksanaan Bandaraya Sejahtera Bagi Rantau Asia Tenggara

Bandaraya Kuching bersama-sama Bandaraya Johor Bahru telah dipilih menjadi perintis pelaksanaan konsep Bandaraya Sejahtera bagi ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara). Keahlian ASEAN terdiri daripada Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kepentingan ICT Dalam Pembangunan Masyarakat Terkini

Kebangkitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), terutamanya Internet telah membuka minat dan harapan yang baru dalam pembangunan ekonomi terutamanya dalam masyarakat di negara-negara yang membangun seperti di negara kita. Banyak yang berpendapat bahawa teknologi baru ini dapat memberi ruang lintas yang lebih cepat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup jika dibandingkan dengan proses dalam era atau zaman perindustrian sebelum ini.

Lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XII dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Lawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XII, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah selama 3 hari ke Kuching pada 7 hingga 9 Jun 2002 membawa makna besar kepada rakyat di negeri ini.

Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XII Peringkat Negeri Sarawak

Sempena dengan sambutan Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2002 yang lalu, bagi peringkat Negeri Sarawak, Kuching telah dipilih menjadi pusat sambutan kali ini. Beberapa acara telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan. Antaranya ialah Pameran Raja Kita yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak. Turut diadakan di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak ialah persembahan pancaragam sekolah. Kesempatan cuti hujung minggu dan cuti Gawai telah memudahkan warga Bandaraya Kuching mengunjungi pameran ini.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia di Kuching memeriahkan lagi sambutan Gawai Dayak 2002

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia : Gawai Dayak 2002 yang diadakan di Panggung Udara, Jalan Taman Budaya adalah salah satu usaha ke arah membina bangsa Malaysia yang harmoni. Majlis rumah terbuka ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak serta pelbagai pihak dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang terbabit dalam industri pelancongan.

Latar belakang Sambutan Gawai Dayak

Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 Jun setiap tahun telah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964. Sambutan secara rasmi kali pertama pada tarikh itu telah diadakan oleh Dayak Youth Club pada 1965. Pengiktirafan kepada sambutan Gawai Dayak adalah tanda pengiktirafan untuk kaum Dayak itu sendiri yang secara simboliknya memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertanian Sarawak

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pertanian Sarawak telah diadakan pada 19 hingga 20 April 2002 di Miri. Ia diadakan bagi menghargai komitmen pegawai dan staf Jabatan Pertanian tersebut. Seramai 126 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun Penilaian 2001, Jabatan Pertanian Sarawak.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan Dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) : SMK Padawan

Teras pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan usaha itu, Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) digalakkan diadakan di sekolah-sekolah.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998