Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Kediaman Mampu Dimiliki Rakyat

Berpuas hati…Kelihatan Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Abdullah Haji Ahmad Badawi meninjau salah sebuah rumah mesra rakyat di Taman Mesra Bako, Kuching selepas merasmikan projek (Rumah Mesra rakyat) RMR di kawasan berkenaan pada 18 April 2006 yang lepas.

Taman Mesra Bako adalah lokasi ke dua RMR di negeri ini selepas Kampung Petanak, Mukah. Terletak di atas tapak seluas 32 hektar, sejumlah 165 unit rumah akan di bina di Taman Mesra Bako ini. Selain RMR Taman Mesra Bako, RMR ia turut dirancang dibina di Kampung Salak, Pasir Panjang, Pasir Pandak, Muara Tebas, Gobeilt, Senari di Bahagian Kuching, Kabong dan Betong di Bahagian Betong, Kampung Petanak dan Kampung Nelayan di Bahagian Mukah, Kampung Semop di Bahagian Sarikei dan Bekenu di Bahagian Miri.


RMR Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Kerajaan akan meneruskan usaha melaksanakan pembangunan seimbang yang lebih bersifat mesra rakyat bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir terutamanya golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Usaha tersebut menurut Perdana Menteri termasuklah menyediakan pelbagai kemudahan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah melalui Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR). Jelas beliau, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap program yang dilaksanakan itu menepati keperluan masyarakat.

Salah sebuah rumah contoh mesra rakyat, ketika pelancaran di Taman Mesra Bako baru-baru ini

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Skim Rumah Mesra Rakyat di Taman Mesra Bako lebih kurang 40 km dari Bandar Raya Kuching baru-baru ini. Berdasarkan kejayaan projek RMR di Semenanjung Malaysia, jelas Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan bersetuju memanjangkan program ini ke Sarawak.

Beliau seterusnya menambah, sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan kira-kira 1,000 unit RMR di negeri ini. Terdahulu, semasa berucap pada majlis yang sama, Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut menyifatkan RMR adalah suatu pendekatan yang praktikal di mana kerajaan memberi subsidi satu pertiga daripada kos setiap rumah tersebut.

Projek RMR Taman Mesra Bako terletak di tapak seluas 32 hektar yang menempatkan sejumlah 165 unit rumah. Permohonan untuk mendapatkan RMR adalah terbuka kepada individu yang berpendapatan kurang RM1,000 sebulan dan bagi pemohon yang berjaya, mereka hanya perlu membayar ansuran bulanan serendah RM100 untuk jangkamasa selama 32 tahun (jenis rumah atas tanah) dan 35 tahun (jenis rumah bertiang)

Projek ini adalah usahasama antara Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Suruhanjaya Perumahan Sarawak. RMR Taman Mesra Bako ini dijangka dapat menyuraikan kesesakan di Kampung Bako yang kini mempunyai kira-kira 4 ribu buah rumah.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak ketika melawat salah sebuah rumah contoh RMR membuktikan keprihatinan kerajaan membantu
golongan yang berpendapatan rendah.



KM lancar RMR Mukah

Pada 15 April 2006 yang lalu, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak telah meluangkan masa melawat tapak projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) Mukah di Kampung Petanak Extension Scheme. YAB Pehin Sri, dalam ucapannya sebelum meninjau rumah yang telah disiapkan itu, menyatakan penghargaan beliau di atas keperihatinan Kerajaan Persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kerana bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan seterusnya memberi peruntukan bagi pelaksanaan RMR di Negeri Sarawak.

“Melihat kepada momentum pembangunan di Mukah dan potensinya sebagai pusat pertanian di Zon Tengah, adalah dijangkakan bilangan penduduk Mukah akan meningkat berkali-kali ganda dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi melihat kepada potensi kelapa sawit yang cerah sebagai komponen bahan api (envo diesel). Semua peningkatan dan pembangunan ini memerlukan kemudahan perumahan,” jelas YAB Pehin Sri.

Skim RMR yang telah diperkenalkan pada Ogos 2002 di atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memastikan golongan berpendapatan rendah serta mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap mampu memiliki rumah mereka sendiri.

Dalam pada itu, SPNB akan bekerjasama bersama HDC untuk membina 465 unit rumah di bawah Skim Rumah Mampu Milik di Mukah dan Sourabaya, Kuching. SPNB juga merancang membangunkan lebih banyak lagi perumahan mampu milik di bandar-bandar utama di Sarawak iaitu di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah.

Sebanyak 30 unit rumah RMR
akan dibina di Mukah. Pem-
bangunan ini akan melibatkan
rumah bersendirian setingkat (3
bilik tidur, 2 bilik air) dengan
keluasan lantai 92.90 meter
persegi (1,000 kaki persegi) dan
ketinggian tiang rumah ialah 2.4
meter (lapan [8] kaki).

Pembangunan RMR di Bahagian Mukah terletak di Kampung Petanak Extension Scheme, Jalan Mukah-Oya iaitu kira-kira empat (4) kilometer dari bandar Mukah.

Rumah Mesra Rakyat

Pengenalan Skim RMR di Negeri Sarawak adalah berikutan daripada pembentangan Belanjawan 2005 yang telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi pembinaan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) sejumlah RM100 juta di seluruh negara Di Sarawak, pelaksanaan RMR adalah dengan dua kaedah iaitu di kawasan yang telah dikenalpasti untuk RMR program pembesaran kampung ( Kampung Extension Scheme) oleh Jabatan Tanah dan Survei dan Permohonan secara individu.

Skim RMR ini terbuka untuk keluarga miskin yang terdiri daripada nelayan, petani, peladang, orang miskin dan ibu tunggal yang tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah yang usang (daif), tetapi mempunyai tanah ataupun mendapat kebenaran berkanun oleh tuan punya tanah yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat (ibubapa, isteri atau adik-beradik.

Syarat Kelayakan Pemohon:

 Warganegara Malaysia
 Berumur di antara 18-65 tahun
 Pemohon yang berumur diantara 45-65 memerlukan pemohon kedua yang berumur di antara 18-30 tahun.
 Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,000 sebulan
 Berkahwin ataupun ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
 Istilah tanggungan tidak termasuk isteri/suami tetapi termasuk anak,ibu,bapa, mertua,ipar atau saudara-mara yang terdekat yang masih menetap bersama pemohon
 Tidak mempunyai rumah sendiri ataupun mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna
 Mempunyai tanah yang bersesuaian yang tiada cagaran ke atasnya
 Sebagai jaminan, geran asal akan disandarkan untuk gadaian ke atas tanah tersebut sehingga pinjaman dilangsaikan
 Bagi program pembesaran kampung, jaminan ke atas tanah akan dikemukakan oleh HDC
 Tapak yang bakal dibangunkan projek tersebut nanti hendaklah tanah miliknya sendiri ataupun saudara-mara yang terdekat
 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran berkanun dari tuan tanah jika bukan milik sendiri

Setiap rumah RMR yang dibina mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi dilengkapi dengan
tiga (3) bilik tidur dan dua (2) bilik air .Satu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan selebihnya pembiayaan tanpa faedah berlandaskan konsep Al-Qard
h.

Rumah Mampu Milik

Program ini dijalankan melalui 2 (dua) kaedah iaitu dilaksanakan oleh HDC melalui anak syarikatnya, Daya Perumahan Sdn Bhd (DPSB) dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan yang keduanya dilaksanakan sepenuhnya oleh HDC.

Tiga kawasan telah dikenalpasti untuk pelaksanaan projek akan datang ialah di Bahagian Mukah, Betong dan Kuching.

Projek perintis Rumah Mampu Milik (RMM) hasil kerjasama di antara SPNB dan HDC dilaksanakan di Mukah dengan perancangan pembinaan sejumlah 200 unit RMM yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Berkeluasan 700 kaki persegi di tapak seluas 20 ekar di Jalan Petanak, Mukah.

Kriteria Pemilikan RMM:

 Hanya warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak sahaja yang layak memohon
 Umur pemohon tidak melebihi 65 tahun
 Tidak pernah memiliki mana-mana rumah mampu milik
 Pendapatan kasar bulanan hendaklah di antara RM650 hingga RM2,500


Program Perumahan Rakyat

Program ini merupakan flat sewa di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perumahan Negara. Program ini bertujuan membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang belum mampu memiliki rumah dengan menyewakannya pada kadar sewa terendah iaitu RM124 sebulan. Setakat ini, projek pembinaan sebanyak 200 unit di Sri Wangi, Petra Jaya telah pun hampir siap dan 816 unit lagi dalam pembinaan di PPR Batu 5, Jalan Matang. Sementara itu, pembinaan flat yang sama turut dilaksanakan di Batu 15, Jalan Kuching-Serian.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 2,000 unit rumah sewa telah dirancang akan dibina dengan keutamaan diberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai jumlah setinggan yang ramai iaitu di Miri, Bintulu dan Kuching.

Model Perumahan Rakyat

Kriteria Pemohonan Flat PPR Sewa:

 Pendapatan kasar (suami dan isteri) adalah di antara RM350 hingga RM850 (berbanding rumah kos rendah RM650 hingga RM2500)
 Tidak memiliki sebarang hartanah
 Dibuka untuk pemohon yang telah berkahwin sahaja
 Tidak ada had umur ditetapkan memandangkan flat ini merupakan kediaman sementara
 Permohonan dibuka bagi warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak terutama sekali bagi pemohon-pemohon yang berpindah dari Bahagian lain serta penghuni kawasan setinggan

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998