Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bandar Raya Peranginan Miri

Kuda laut…mercu tanda Bandaraya Miri

Miri, bandar raya kesembilan diisytiharkan di negara ini di samping statusnya sebagai bandar raya bukan ibu negeri yang pertama di Malaysia, telah m memberikan kelebihan untuk warga bandar raya mengorak langkah lebih pantas mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik.

Ia merupakan hasil usaha keras pelbagai pihak khususnya warga Miri dan badan korporat yang sentiasa bersama-sama pihak kerajaan selama ini. Justeru kerjasama pelbagai pihak sehingga Miri mampu melakar identitinya sebagai ‘Bandar raya Peranginan’ seharusnya diberi pujian.

Namun kejayaan itu tidak tercapai dalam sekelip mata. Miri telah melalui perjalanan pembangunan yang cukup panjang sehingga mampu mewujudkan pelbagai tarikan untuk menarik pengunjung datang ke situ.

Setiap tahun kira-kira sejuta pelancong datang ke Bandar Raya Miri, khususnya dari Brunei, Labuan dan Kota Kinabalu. Kehadiran pelancong itu telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi Miri.

Paling ketara ialah ia menyediakan peluang kepada perkembangan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Industri perhotelan, rumah penginapan, restoran serta kedai makan, industri kraftangan, perkhidmatan agen pelancongan dan sebagainya terus berkembang kerana sentiasa mendapat permintaan.

Titik permulaan yang membawa kepada pencapaian Miri pada hari ini ialah pengeluaran minyak mentah yang pertama di Sarawak di Bukit Telaga Minyak atau dikenali juga sebagai Bukit Kanada pada tahun 1910 (beroperasi sehingga 1972).

Sesuai dengan nilai yang tiada tandingannya itu, sebuah mercu tanda yang dikenali sebagai ‘Grand Old Lady’ telah dibina di situ. Kini ia menjadi mercu tanda yang paling penting dan harus dikunjungi oleh pengunjung yang datang ke Miri.

Majlis Bandaraya Miri pernah terpilih sebagai penerima Anugerah Perak Laman Malaysiana bagi kategori Taman Pameran (Dunia Taman)



Turut dibina bersebelahan dengannya ialah Muzium Petroleum yang akan dibuka kepada orang ramai menjelang tahun hadapan. Muzium itu akan dilengkapkan dengan pelbagai peralatan canggih di samping menerapkan konsep interaktif yang akan menguji minda pengunjungnya.

Nilai sejarah, ciri-ciri yang disebutkan serta kedudukannya di atas bukit yang menyediakan pemandangan indah menghala ke arah Laut China Selatan dan persekitaran bandar raya pastinya menjadi daya tarikan yang tiada bandingannya.

Bukan setakat itu, Bandar raya Miri (Bahagian Miri) juga mempunyai banyak tarikan lain. Miri mempunyai pusat-pusat membeli belah, padang golf bertaraf antarabangsa, Pusat Khazanah Miri, Taman Kipas dan Taman Awam.

Pembinaan taman-taman awam oleh Majlis Perbandaran Miri (kini Majlis Bandaraya Miri) umpamanya telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perak Laman Malaysiana bagi kategori Taman Pameran (Dunia Taman) bersempena Festival Lanskap dan Taman (Laman Malaysia 2004) anjuran Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2004.

Ekologi Miri turut dikenali kerana di luar pantainya yang seluas kira-kira 10,000 km persegi terletaknya 16 tapak batu karang (34 peratus daripada yang ada di dunia) dengan 700 spesis batu karang dan 3,000 spesis ikan.

Keunikan itu telah membawa kepada pembangunan sebuah Taman Marina yang kini hampir siap dan bakal menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminat sukan air dan aktiviti menyelam.

Kedudukan Miri sebagai tempat permulaan perjalanan melalui jalan raya ke taman-taman negara yang terkenal seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah, Taman Lambir dan Taman Negara Loagan Bunut juga memberikannya kelebihan.

Mulu merupakan gua terbesar di dunia manakala Niah pula terkenal sebagai kawasan arkeologi yang menyimpan bukti tentang kehadiran manusia zaman pra sejarah.

Turut mengagumkan ialah konsep ‘Saya Anak Miri’ yang memfokuskan kepada penduduk dan budaya masyarakatnya.

Bandaraya Miri bermandikan cahaya
pada waktu malam

Objektif utamanya ialah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia yang penduduk Miri dengan pelbagai budaya dan agama adalah aset penting dan mereka dianggap sebagai kebanggaan dan jiwa yang menjadikan Bandar raya Miri unik dan cergas.

Sehubungan itu, setiap kunjungan pelawat pastinya akan lebih manis dengan keramahan penduduknya di samping produk pelancongan lain yang memikat jiwa.


Miri Kini Bergelar Bandar Raya

Lakaran Artis Bangunan Majlis Bandaraya Miri yang baru

Pengisytiharaan Miri sebagai bandar raya pada 20 Mei 2005 lepas turut melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi antara bandar raya yang bukan ibu negeri yang pertama di Malaysia.

Transformasi ini turut melibatkan Majlis Perbandaran Miri (MPM) yang telah dinaik taraf ke Majlis Bandaraya Miri (MBM). Perkembangan bandar raya Miri selepas ini bukan hanya terletak kepada Datuk Bandarnya, tetapi turut melibatkan kerjasama termasuklah sektor awam, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan warga Miri sendiri.

Pembentukan satu agensi khusus, Miri City Incorporated” (MCI) yang akan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan aspek keselamatan, persekitaran dan kesihatan, pelancongan, pendidikan, perdagangan dan industri dan pembangunan sekeliling, membuktikan kesungguhan warga Miri itu.

Sungguhpun MPM telah dinaiktaraf menjadi MBM, peranan serta fungsi yang dimainkan masih sama. Cuma fokus MBM terhadap pembangunan lebih menyeluruh dengan penyediaan kemudahan prasarana yang lebih baik sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah bandar raya.

MBM yang mentadbir kawasan seluas 977.43 km persegi akan menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih baik kepada seramai 300,000 orang di kawasan seliaannya.

Penglibatan masyarakat diperlukan bagi
pembangunan bandar raya Miri
Miri...Bandar Raya Ke 2 di Sarawak

Rentetan Sejarah Majlis Bandaraya Miri

 Lembaga Perbandaran Miri (1933-1955)
 Majlis Bandaran Miri (1956-1960)
 Majlis Daerah Miri (1961-1980)
 Majlis Perbandaran Miri (6/11/1981-19/5/2005)
 Majlis Bandaraya Miri (20/5/2005- Kini)

 

Pengerusi Majlis 1956 - kini

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998