Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Limbang Tuahnya Dekat dengan Brunei dan Labuan

Pandangan dari udara Bandar Limbang
Daerah Limbang terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Daerah Lawas, Sabah/ Kalimantan di Timur dan Daerah Baram (Bahagian Miri) di Selatan dan di tengah-tengahnya Temburong (Negara Brunei) Kedudukan Limbang ini memang cukup unik bagi Sarawak dan Brunei Darussalam.

Penduduk daerah Temburong yang bekerja atau berurusan di Bandar Seri Begawan perlu melalui daerah Limbang sekiranya menggunakan jalan raya, begitu juga penduduk Miri perlu melalui jalan raya di kawasan Brunei untuk memasuki Limbang.

Daerah Limbang mempunyai keluasan 3,978 kilometer persegi, termasuk sebuah daerah kecil iaitu Nanga Medamit. Bandar Limbang yang didiami kira-kira 75,000 penduduk adalah pusat pentadbiran Bahagian Limbang yang merangkumi daerah Limbang dan Lawas. Keseluruhannya ia mempunyai penduduk berjumlah 39,741 orang (mengikut banci penduduk tahun 2000) yang terdiri daripada beberapa etnik utama iaitu Melayu, Iban, Cina, Lun Bawang, Kedayan dan Bisaya.

Pekerjaan utama penduduknya adalah dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan dan perniagaan.

Limbang bermaksud ‘mimpi hutan’ dalam bahasa Cina Hokkien mengikut terjemahan dari persuratan Cina. Menurut catatan itu, Limbang adalah kawasan
pedalaman yang dijumpai oleh pedagang dari selatan benua China.

Limbang pernah dikenali sebagai ‘Little town with good progress’ kerana pembinaan kemudahan yang giat dilakukan seperti jalan raya, bengkel, panggung wayang dan sebagainya pada 1928.

Bagaimanapun, sebenarnya Limbang bagi masyarakat kita lebih diingati berikutan rusuhan yang berlaku di Brunei pada 1962 yang membawanya terkenal dari segi politik. Sejak tahun 1963 Limbang telah menikmati pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial yang lebih pesat.


Muzium Limbang banyak menyimpan sejarah
pengwujudan dan pembangunan daerah ini
Kini, Limbang bukan lagi sebuah pekan yang sunyi dan sepi. Ia kini sebuah bandar yang sibuk, terutama dengan kegiatan ekonomi dan pelancongan berikutan kedudukannya yang strategik berdekatan Bandar Seri Begawan dan pulau bebas cukai, Wilayah Persekutuan Labuan.

Semua ini memberi kesan ke atas sosio ekonomi penduduk tempatan. Malah ramai penduduk dari negeri ini yang ingin membeli-belah ke Labuan menggunakan Limbang sebagai pangkalan untuk menaiki bot ekspres ke sana. Ini menjadi salah satu faktor mendorong Limbang untuk terus ‘melambai’ kedatangan pelawat ke bandarnya. Pembukaan jambatan berharga RM23.4 juta menyeberangi Sungai Limbang di Batu Danau, kira-kira 33 kilometer dari pusat bandar, juga telah ‘membuka pintu’ kemasukan secara terus rakyat negara jiran, (Brunei Darussalam), ke bandar ini.

Siapnya pembinaan Jambatan Sungai Limbang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu juga bermakna lengkaplah projek Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching di selatan sehingga ke Limbang di utara. Mulai tahun 2000, bandar Limbang telah bertukar wajah. Bandarnya diperbesar dengan perancangan untuk mewujudkan bandar baru yang terletak tidak jauh dari bandar sedia ada kini sedang giat dijalankan. Manakala kawasan pekan di tebing Sungai Limbang pula telah diindahkan melalui projek pengindahan tebingan sungai agar lebih menarik untuk tujuan rekreasi dan berehat bagi manfaat penduduknya.

Selain kedudukan, dari segi perhubungan melalui jalinan jalan raya, kerajaan negeri mengakui bahawa daerah Limbang agak terpisah dari bahagian-bahagian lain di Sarawak memandangkan belum ada kemudahan jalan raya yang baik bagi menghubungkan bandar itu selain melalui Brunei. Dengan itu kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk membina kemudahan rangkaian jalan raya menghubungkan terus Limbang dengan daerah lain di Sarawak terus ke Sabah.


Peta pentadbiran Daerah Limbang
Selain itu, kini kerajaan membina lapangan terbang baru yang lebih besar bagi Limbang yang membolehkan pendaratan pesawat lebih besar seperti Fokker F50. Tambahan pula lapangan terbang yang ada kini terletak berhampiran jalan utama di bandar itu dan sebuah perkampungan Melayu kira-kira 150 meter di hujung landasannya selain laluan udaranya dihadang bukit dengan itu Limbang memerlukan sebuah lapangan terbang baru yang lebih besar dan lebih‘selamat’. Lapangan terbang Limbang sedia ada yang sudah beroperasi sejak 1965 itu hanya landasan sepanjang 579 meter sahaja dan ia cuma berupaya menerima pendaratan pesawat kecil jenis Twin Otter.


Daerah : Limbang
Keluasan Daerah : 3,976.60 km persegi
Daerah Kecil : Nanga Medamit (1,070 km persegi)
Bilangan Penduduk : 40,844 orang, antaranya terdiri daripada;
- Melayu (12,041orang)
- Iban (9,817orang)
- Cina (8,455 orang)
- Bisaya (6,553 orang)
- Lun Bawang (2,152 orang)
- Kelabit (412 orang)
- Penan (280 orang)

Kawasan Parlimen : P.219 Bukit Mas
- Ahli Parlimen; YB Henry Sum Agong

Kawasan Dewan Undangan Negeri : N.60 Limbang
- ADUN; YB Richard Wong Shoon Foo

N.62 Ba’kalalan
- ADUN; YB Dr Judson Sakai Tagal


Lapangan Terbang (Lama) Limbang Taman Tasik Bukit Emas adalah tempat riadah
sekeluarga bagi kebanyakan warga Limbang
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998