Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Majlis Perbandaran Miri berjaya hasilkan ‘Satu Penyapu, Menyapu Semua’

Struktur penyapu yang dihasilkan

Kejayaan kumpulan P H -Q dalam Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) 2003 lalu, bukan sahaja menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Miri (MPM), malah ia juga telah berjaya membantu pihak majlis berkenaan menjimatkan kos operasi.

Kejayaan ini dicapai melalui projek mereka yang bertema ‘Satu Penyapu, Menyapu Semua’. Penjimatannya tidaklah banyak berjuta ringgit tetapi usaha mereka ini patut diiktiraf kerana mereka berusaha untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kos operasi yang ditanggung oleh organisasi untuk bahagian atau seksyen mereka.

Kos operasi berkenaan merangkumi perbelanjaan terhadap kerja-kerja membersih serta penyelenggaraan semua kemudahan tempat berjaja yang ada disediakannya oleh majlis itu yang diletakkan di bawah Seksyen Kesihatan Awam.

Keseluruhannya terdapat tujuh (7) buah pasar, empat (4) tamu, lima (5) pusat makanan dan minuman, lapan (8) tapak jualan harian serta mingguan dan termasuk sebuah pusat penyembelihan.

Untuk memastikan tempat-tempat ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa, Pihak Majlis telah membelanjakan sejumlah kos
yang tinggi untuk mendapatkan tenaga kerja dan peralatan-peralatan yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyelengaraan.

Salah satu peralatan yang amat berguna untuk kerja-kerja pembersihan itu ialah penyapu. Pihak Majlis telah memilih untuk menggunakan penyapu buluh untuk membersihkan pasar-pasar, tamu, pusat makanan dan minuman, tapak jualan dan pusat penyembelihan sebab ia merupakan jenis penyapu yang amat sesuai untuk membersihkan sampah di pelbagai jenis dan keadaan permukaan yang terdapat di pusat-pusat ini.

Jenis dan keadaan lantai tempat-tempat ini terdiri dari permukaan kasar atau licin. Keadaannya juga tidak menentu, sama ada basah atau
kering. Walaupun penyapu buluh ini amat sesuai untuk kerja-kerja pembersihan ini, ia juga mempunyai kelemahannya. Kelemahan yang amat ketara ialah ikatan lidinya mudah longgar selepas penyapu itu digunakan untuk satu tempoh yang singkat.

Kelemahan ini telah menyebabkan kepada pertukaran 107 batang penyapu buluh atau 31.29% keseluruhan penggunaan penyapu buluh pada tahun 2002.

Tugas tukang sapu menjadi mudah kerana penyapu itu juga dapat
digunakan di permukaan basah seperti di pasar tamu

Masalah bermula di sini..

Punca-Punca Utama Masalah Yang Dikesan:

A. Persekitaran

1. Permukaan

Pelbagai jenis permukaan di sesebuah pusat jualan akan mempengaruhi ketahanan penyapu buluh.

2. Keadaan

Keadaan basah akan mencepatkan kerosakkan penyapu buluh.

3. Jenis sampah

Sampah-sarap yang mudah reput dan berat juga mencepatkan kerosakkan penyapu.

B. Bahan

1. Buluh

Lidi penyapu yang diperbuat dari buluh amat sesuai untuk menyapu di pelbagai jenis permukaan dan keadaan tetapi ia tidak dapat tahan lama.

2. Ikatan

Ikatan yang tidak betul/sempurna akan menyebabkan lidi buluh terlepas dari batang penyapu selepas satu tempoh yang singkat bila digunakan.

C. Manusia

1. Cara Kerja

Menggunakan penyapu buluh secara kasar akan mencepatkan kadar kerosakkan.

2. Sikap

Sikap tidak bertanggungjawab semasa menggunakan dan cara penyimpanan penyapu yang tidak kemas menyebabkan 36 batang penyapu atau 10.53 % hilang dan rosak semasa penstoran.

PH-Q Cadangkan ...

Mereka bentuk satu penyapu di mana hanya bahagian yang mudah rosak seperti lidinya perlu ditukar. Bahagian-bahagian yang boleh kekal lama seperti batang penyapu dan pemasangannya akan diperbuat dari bahan yang tahan lama dan tidak berkarat.

Tujuan

Tujuan projek adalah bagi mengurangkan kos. Walaupun kos permulaan untuk mereka bentuk dan membuat penyapu yang dicadangkan agak tinggi tetapi ia akan menyamai kos membeli penyapu buluh dalam tempoh masa 5 bulan pertama.

Hasil

Seterusnya, pihak MPM akanmenjimatkan lebih 60% jumlah kospembelian penyapu buluh sebab hanya lidi yang rosak perlu ditukar. Harga untuk sekilo lidi buluh ialah RM2.00 dan ia menyamai 4 batang penyapu buluh kerana satu pertukaran penuh lidi bagi penyapu yang dicadang menggunakan hanya 200 hingga 250 grams lidi.


. Apa Kata Penggunanya .

Tukang sapu yang ditemui juga mengakui kerja-kerja menyapu sampah-sarap dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan di atas pelbagai jenis pemukaan.

Puan Selaka Duan, tukang sapu di Tamu Khas dan Tamu Muhibah ketika ditemui berkata bahawa dari segi ketahanannya, ia juga lebih tahan serta jumlah lidi buluh boleh disesuaikan mengikut keperluan menyapu, sama ada menyapu sampah kering atau sampah basah. Serta jumlah lidinya juga boleh disesuaikan berdasarkan rupa bentuk permukaan lantai tempat yang akan disapu, sama ada kasar, licin, basah atau kering.

Katanya, lidi penyapu mungkin lebih kerap ditukar, iaitu 2 kali seminggu jika selalu menyapu sampah sarap di atas permukaan lantai yang basah.

“Apa yang lebih menyenangkan, penyapu ini lebih ringan berbanding penyapu yang digunakan sebelum ini, dan keistimewaan ini akan memudahkan kerja-kerja menyapu dijalankan,” tambahnya sambil tersenyum.

Demonstrasi penggunaan penyapu

Menurut beberapa tukang sapu lain, dengan penggunaan penyapu baru ini juga masalah kelonggaran pada lidi juga dapat dikurangkan kerana
kepadatan lidi boleh diatur mengikut kesesuaian, sama ada ditambah atau dikurangkan.


. Apa Kata Ahli PH-Q Berkenaan Pembabitan Mereka dalam Projek KMK... .

Lee Bu Chong
– “Setiap ahli adalah penyumbang yang penting kepada kejayaan kumpulan, ini kerana setiap ahli mempunyai kemahirannya tersendiri dalam usaha mereka menyiapkan projek.” “KMK mengajar kita untuk lebih terbuka terhadap satu sama lain, dan ini membolehkan hubungan rapat dijalinkan antara ahli kumpulan.” “Perbincangan biasanya dilakukan sekali seminggu, namun jika perlu perbincangan akan diadakan lebih daripada sekali dalam seminggu.” “Bagaimana pun perbincangan tidak semestinya diadakan secara formal, memandangkan kami adalah dari seksyen yang sama (Seksyen Kesihatan Awam) perbincangan secara tidak formal boleh dilakukan pada bila-bila masa.”

Mustapha bin Ramli – “Saya sudah 26 tahun berkhidmat dengan kerajaan, dan melalui platform KMK ini saya cuba untuk memberi sumbangan kepada organisasi tempat saya bekerja.”

“Penyertaan dalam KMK bukan sahaja mampu membina keyakinan diri tetapi juga memantapkan lagi sikap saling percaya, kerjasama serta yakin terhadap sesama ahli kumpulan.”



Omar bin Sulong – “KMK bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi tetapi apa yang lebih penting ia mengajar kita untuk menghargai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan serta berusaha memperbaikinya demi kepuasan pelanggan (dalam konteks ini adalah penjaja dan orang ramai).”

“Melalui usaha ini (KMK) kita didorong untuk berusaha mencari jalan penyelesaian sama ada dari segi penjimatkan kos operasi atau meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi ke arah yang lebih efisyen, cepat dan tepat.”

Wesley Bala – “Kita akan berasa lega sekali di samping berpuas hati dengan apa yang kita telah lakukan setelah kita berjaya menyiapkan sesuatu projek seumpamanya. Apatah lagi bila kita tahu ia dapat membantu memperbaiki imej organisasi kita.”

“Dengan itu, saya sebagai kakitangan bawahan amat yakin, bahawa KMK adalah saluran yang terbaik di mana kita boleh menyumbang kepada pembangunan organisasi tempat kita bekerja.”

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998