Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Daerah Kecil Nanga Merit

Daerah Kecil Ng. Merit yang mempunyai keluasan kira-kira 1,744.95 km persegi merupakan satu-satunya Daerah Kecil yang terdapat di Bahagian Kapit.
Pejabat Daerah Kecil Nanga Merit

Ia terletak kira-kira 70 km dari Kapit dan setakat ini hanya satu cara sahaja yang membolehkan kita untuk sampai ke sana iaitu menggunakan pengangkutan sungai.

Pengangkutan awam yang digunakan untuk menghubungi kawasan ini ialah bot ekspres yang memakan masa kira-kira 2 jam perjalanan dari Kapit. Jika menggunakan perahu panjang terutamanya di kalangan pengguna persendirian pula, akan memakan masa lebih daripada 3 jam perjalanan.

Populasi

Di sini, terdapat sebanyak 883 pintu rumah yang didiami oleh kira-kira 5,654 orang penduduk. Kira-kira 80 peratus daripada jumlah populasi tersebut ataupun lebih kurang 4,923 orang penduduknya adalah terdiri daripada kaum Iban. Mereka menetap di 34 buah rumah panjang. Kaum Baketan pula membentuk kira-kira 12.3 peratus populasi di sini ataupun kira-kira 701 orang. Kaum Cina pula seramai kira-kira 30 orang ataupun 0.5 peratus sahaja.
Pentadbiran

Ng. Merit diwujudkan sebagai sebuah Daerah Kecil pada 1 Januari 1980. Walau bagaimanapun, ia hanya diwartakan secara rasmi sebagai sebuah Daerah Kecil pada 1 Januari 1987.

Encik Sulaiman bin Haji Mahmudin merupakan kerani pertama yang berkhidmat di Pejabat Daerah Kecil Ng. Merit pada 10 Januari 1980. Beliau dibantu oleh seorang 'court peon' (penghantar saman/orang tengah antara kerajaan dan masyarakat) dan pemandu bot, Encik Rapek ak Simpang.

Disebabkan Pejabat Daerah Kecil Ng. Merit tidak mempunyai seorang Pegawai Tadbir Sarawak yang tetap, maka jadual telah disusun untuk Pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Kapit bertugas di sini dalam bentuk kitaran sehingga ke hari ini. Contohnya dapat dilihat seperti di Jadual 1.

Ekonomi

Tanaman padi penting kepada penduduk di sini
Kesuburan serta keluasan tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung khususnya, telah menjadi faktor utama kegiatan pertanian menjadi kegiatan ekonomi yang penting di sini. Justeru, tidaklah menghairankan apabila kira-kira 95 peratus daripada populasi di sini mengerjakan kebun sayur dan buah-buahan untuk jualan kecil-kecilan dan sara diri.

Tidak ketinggalan juga dengan tanaman padi yang tetap dianggap penting untuk meneruskan hidup. Selain itu, kira-kira lima peratus pula terlibat dalam sektor pembalakan dan bekerja dengan kerajaan. Selebihnya pula terlibat dengan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

Pasar kecil Ng. Merit yang merangkumi enam buah kedai, tetap menjadi pilihan bagi penduduk sekitar mendapatkan barang keperluan asas harian mereka. Jika tidak, mereka perlu turun ke Bandar Kapit sehari suntuk untuk mendapatkan barang keperluan yang lain.

Kemudahan

Jarak yang jauh dari Bandar Kapit serta kemudahan pengangkutan yang agak terhad menyebabkan penduduk dari kawasan sekitar Ng. Merit berdepan dengan kesulitan untuk berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan suatu ketika dahulu.

Maka kerana itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pejabat-pejabat kerajaan di sini sejak wujudnya Daerah Kecil Ng. Merit. Antara perkhidmatan kerajaan yang ada ketika ini termasuklah Pejabat Daerah Kecil Ng. Merit, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan dan Klinik Kesihatan.

Sektor pendidikan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat juga tidak diabaikan. Sehingga kini terdapat lima buah sekolah rendah di sini iaitu SK Ng. Peraran, SK Ng. Sama, SK Ng. Merit, SK Ng. Ibun dan SK Ng. Metah.

Lubang Kusing dan Lubang Layang menjadi tarikan kepada pengunjung
Pembangunan

Semua pihak mengakui bahawa untuk membawa pembangunan ke sini tidak semudah seperti tempat-tempat lain yang berdekatan dengan bandar serta boleh dihubungi melalui jalan darat. Keadaan ini telah menimbulkan sedikit kesukaran untuk membangunkan kawasan ini dengan cepat kerana kos yang berganda untuk melaksanakan projek serta program pembangunan dan bergantung kepada keadaan pasang surut air sungai.

Namun, ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk tidak membangunkan kawasan ini seperti juga kawasan lain. Daerah Kecil ini juga mendapat pelbagai projek pembangunan yang memfokuskan kepada peningkatan ekonomi penduduk, kemudahan asas dan infrastruktur. Antaranya ialah telefon satelit, Projek Naik Taraf Jalan Kampung Rh. Denggat, kolam konkrit Rh. Denggat dan kolam ikan Rh. Berundang.


Keunikan

Daerah Kecil Ng. Merit terkenal dengan musim 'Ikan Gaban' di kalangan penduduk tempatan atau dikenali juga sebagai musim 'Ikan Tapah' bertelur.

Selain itu, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti 'Lugan Ensawi', 'Lubang Kusing', 'Lubang Layang'; dan 'Giam Lacub'.

Di sini juga terdapat sebuah kawasan yang dikenali sebagai 'kawasan mikai' yang terletak lebih sejam perjalanan menggunakan penggangkutan air dari Ng. Merit. Ia merupakan suatu tempat yang menandakan sempadan antara orang Iban, Kapit dan Orang Ulu Belaga ketika perang zaman Rajah Brooke suatu ketika dahulu.

Lagenda 'Logan Ensawie' yang terletak kira-kira sejam perjalanan menggunakan bot juga masih lagi menjadi bahan cerita di kalangan penduduk di sini.

Dikatakan orang pertama yang mendiami kawasan Ng. Arau ialah Karim dan isterinya, Sudau.

Telefon satelit
Pernah pada suatu ketika kemarau panjang telah melanda kawasan ini selama kira-kira enam bulan sehingga menyebabkan Karim dan Sudau mengorek sebuah kawasan di Sg. Arau untuk dijadikan telaga. Kini, saiz danau berkenaan selebar Sg. Rajang dan menjadi kediaman kira-kira 30 ekor buaya. Kononnya kerana buaya-buaya berkenaan sudah bersumpah dengan Karim dan Sudau, ia tidak akan mengganggu manusia sungguhpun kita mandi atau menyeberangi danau tersebut.



Fakta Daerah Kecil Nanga Merit
Keluasan 1,744.95 km persegi
Jarak dari bandar 70 km dari Bandar Kapit (Lebih 2 jam perjalanan menggunakan bot)
Pengangkutan Utama Pengangkutan air menggunakan bot ekspres dan perahu panjang
Jumlah Penduduk 5,654 orang (883 pintu)
Komposisi Kaum Iban - 4,923 orang, Beketan - 701 orang dan Cina - 30 orang
Kegiatan Ekonomi Bertani/berkebun - 95%, Berniaga - 5% dan berkhidmat dengan kerajaan/bekerja di sektor pembalakan - 5%
MP/ADUN YB Encik Larry Sng Wei Sien, ADUN N.48 Pelagus YB Encik Alexander Nanta Linggi, Ahli Dewan Rakyat P.188 Kapit


Jadual 1


Tarikh Nama Pegawai
7-8 Mei 1996 PPT Hermon Gilbert Sinju

22-23 Mei 1996
PTN Salang Manjan
11-12 Jun 1996
PPT Mohd. Arshad
25-26 Jun 1996 PPT Abdul Malik Hashim
9-10 Julai 1996 PTN John Awan
23-24 Julai 1996 PPT Hermon Gilbert Sinju
6-7 Ogos 1996 PTN Salang Manjan
20-21 Ogos 1996 PPT Mohd. Arshad
10-11 Sept. 1996 PPT Abdul Malik Hashim
24-25 Sept. 1996 PTN John Awan
8-9 Okt. 1996 PPT Hermon Gilbert Sinju
21-22 Okt. 1996 PTN Salang Manjan
12-13 Nov. 1996 PPT Abdul Malik Hashim
26-27 Nov. 1996 PPT Mohd. Arshad
10-11 Dis. 1996 PPT Hermon Gilbert Sinju
18-19 Dis. 1996 PTN Salang Manjan
* PPT – Penolong Pegawai Tadbir
* PPN – Pegawai Tadbir Negeri

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998