Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Menyorot Kembali Peristiwa 14 Februari 2001 Setahun telah berlalu masihkah anda ingat

Setahun telah berlalu, Februari muncul kembali dengan kenangan semalam......

Berjanji memberikan perkhidmatan yang setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional

Begitulah usikan lagu yang didendangkan Alleycat. Adakah ia mengingatkan anda kepada seseorang atau sesuatu peristiwa?

Cuba ingat dan fikirkan? Apa yang berlaku pada Februari 2002? Masihkah anda ingat? Ya, setahun telah berlalu kini Februari muncul kembali........ Cuba anda ingatkan. Pasti anda tidak akan lupa peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 2002, di Pustaka Negeri.

Di kala itu anda mengangkat tangan kanan melafaz sumpah dan kemudiannya menurunkan tandatangan sebagai simbolik bahawa anda bersetuju untuk mentaati semua perintah serta peraturan yang tertera di atas kertas 'Surat Aku Janji'.

Pastinya ingatan anda lebih jelas kini akan peristiwa yang berlaku pada masa itu. Syabas.

Apa sekali pun, perkara yang penting di sini bukannya hanya sekadar 'ingat, tetapi menerima dan melaksanakan apa yang anda telah persetujui supaya anda tidak dilabelkan sebagai 'lupa pada janji'. Kalau 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati, sepatutnya meninggalkan nama dan bukan meninggalkan janji.'

Majlis Menandatangani Aku Janji Pegawai Awam Negeri berkenaan, dihadiri oleh kira-kira 300 pegawai kakitangan awam negeri adalah simbolik kepada penerimaan perkhidmatan awam negeri untuk melaksanakan pekeliling perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2001 Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam.

Pelaksanaan Surat Aku Janji ini berkuatkuasa 1 Januari 2002 lalu, dan ia menekankan setiap kakitangan awam tanpa mengira pangkat dan jawatan, mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan juga arahan lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Menandatangani Surat Aku Janji

Oktober 2001 lalu, Kabinet memutuskan mewajibkan setiap kakitangan awam menandatangani 'aku janji' selepas mendapati ada yang tidak mematuhi Perintah Am kerajaan. Melalui peraturan itu, kakitangan awam diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji yang menggariskan sembilan perkara, termasuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan; sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat; bersungguh-sungguh, cekap, amanah, bertanggungjawab, tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi dan tidak berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, selepas persidangan dewan itu pada Oktober 2001 lalu itu berkata, Kabinet memutuskan untuk mewajibkan kakitangan awam menandatangani 'aku janji' selepas mendapati ada kakitangan awam yang tidak mematuhi Perintah Am Kerajaan.

Beliau berkata, dengan adanya 'aku janji' itu, kakitangan kerajaan juga tidak akan lagi mempunyai perasaan was-was untuk menjalankan segala arahan kerajaan.

"Daripada dulupun memang orang yang bekerja dengan kerajaan bersetuju untuk mematuhi segala Perintah Am yang disediakan kerajaan."

"Tetapi sekarang ini nampak ada yang tidak patuh kepada Perintah Am, walaupun mereka terikat dengan Perintah Am. Justeru, bagi menjelaskan keadaan ini kita adakan 'aku janji'" katanya.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud pula ketika berucap pada Majlis Menandatangani Aku Janji Pegawai Awam Negeri di sini, Januari tahun lalu berkata, kakitangan awam di negeri ini perlu bersikap telus dan bebas dalam usaha melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Perkhidmatan awam negeri - dedikasi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawainya mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan di seluruh Sarawak

Beliau berkata, jentera perkhidmatan awam akan terus kekal walaupun kerajaan sentiasa bertukar mengikut amalan demokrasi. Oleh itu ia perlu bebas dan tidak dipengaruhi oleh soal politik, ini penting bagi menjamin kestabilan pembangunan yang berterusan selain kestabilan negara keseluruhannya.

"Pada dasarnya kita mesti sedar bahawa kakitangan awam adalah satu kumpulan pekerja yang menjadi jentera melaksanakan dasar dan tugas kerajaan, dengan itu perkhidmatan awam perlulah mempunyai kakitangan yang setia kepada kerajaan yang memerintah selain mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi dalam usaha menjalankan polisi yang diperkenalkan melalui pemimpin politik," katanya.

Menurut Ketua Menteri, Surat Aku Janji diharap akan memperkuatkan semangat kakitangan awam untuk jalankan tugas dengan jujur dan penuh dedikasi.

"Perkhidmatan awam yang baik adalah perkhidmatan awam yang stabil dan tidak terganggu oleh perkembangan semasa politik atau dalam apa jua perubahan yang berlaku kepada negara dalam kontekspolitik. Dengan itu ia akan mampu berperanan sebagai penjaga kepada cita-cita dan aspirasi rakyat keseluruhannya."

"Namun sudah pastinya perkhidmatan awam tidak harus melihat dirinya sebagai master dalam usahannya menjalankan tanggungjawab itu. Ini kerana rakyat mempunyai wakil mereka melalui sistem politik, 'demokrasi berparlimen', di mana sekumpulan wakil yang telah dipilih akan bersuara sebagai wakil rakyat bagi membantu usaha perkhidmatan awam mentadbir negeri ini dengan lebih baik," katanya

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain menegaskan Surat Aku Janji adalah bertujuan mengingat dan menyedarkan kakitangan awam akan peri pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional.

Beliau berkata, usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa bagi memastikan negara ini terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni.

"Aku Janji diwajibkan kepada semua kakitangan awam bagi membolehkan mereka tertakluk kepada peraturan awam yang lebih jelas semasa menjalankan tugas. Dengan itu kita sebagai anggota kerajaan akan lebih komited kepada tugas dan negara," katanya.

Jelasnya, melalui Aku Janji, kakitangan awam juga dilarang menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk faedah diri dan tidak dibenarkan berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Dengan cara itu mutu perkhidmatan awam akan terus meningkat serta dapat memuaskan hati pelanggan iaitu rakyat, termasuklah kakitangan kerajaan sendiri.

"Semua kakitangan awam perlu sedar akan pentingnya meningkatkan mutu kerja demi menjain kepuasan hati pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Mereka juga perlu menyedari akan tanggungjawab mereka untuk menjalankan tugas dengan cara yang profesional serta tidak membenarkan fikiran dan perasaan lain mempengaruhi perkhimatannya," katanya.

Antara lain kandungan Surat Aku Janji ialah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam di negeri ini, bagi membolehkan pelanggan-pelanggan sektor awam menikmati perkhidmatan yang terbaik.

"Secara keseluruhan, Surat Aku Janji sebenarnya adalah janji kakitangan awam untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan awam demi kepentingan jangka panjang dengan mengelakkan pembabitan dalam perkara-perkara dan perbuatan yang ditegah oleh kerajaan."

"Ia juga adalah usaha untuk menaikkan imej dan kualiti perkhidmatan awam dengan memperbaiki dasar yang sedia ada serta diperkemaskan lagi untuk mencapai tujuan dengan lebih berkesan," katanya.

Semua kakitangan awam negeri ini diwajibkan menandatangani Surat Aku Janji, walaupun tidak semuanya menandatangani surat itu pada Januari 2002, sebaliknya ia dilaksanakan secara berperingkat di setiap Bahagian dan daerah sehingga April tahun lalu. Ia membabitkan semua peringkat dan semua tempat baik di pejabat di Kuching, Sibu atau Miri ataupun di Wakil Ulu Sungai (URA) Semadoh, URA Merapok adan URA Bakelalan. Semua wajib melakukannya, misalnya di sesebuah Pejabat Daerah mulai dari Pegawai Daerah, Pembantu Pegawai Daerah, Wakil Ulu Sungai (URA), Kerani, Pembantu Am Rendah hinggalah ke pemandu turut melafaz janji serta menurunkan tandatangan masing-masing di atas surat Aku Janji.

Beri yang terbaik

Berdasarkan Surat Aku Janji yang dilaksanakan mulai tahun lalu itu, seseorang kakitangan terbabit dikehendaki mematuhi sembilan perkara digariskan, iaitu:

i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;

ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh- sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadinya;

iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awamnya;

v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak munasabah bahawa kakitangan terbabit membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan beliau sebagai pegawai awam;

vi) tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri;

vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburuk dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;

viii) Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan beliau atau pegawai lain berhubung perkhidmatan awam;

ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.

Sekiranya seseorang kakitangan itu disabitkan sebagai melanggar 'aku janji' berkenaan, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dan ingat bahawa, anda akan dianggap melakukan pelanggaran terhadap perkara berkenaan sekiranya anda bertindak atau berkelakuan sebaliknya.

Secara sedar atau tidak, Kerajaan telah mewujudkan banyak kemudahan dan peluang membangunkan kerjaya untuk kakitangan awam negara ini, baik di peringkat kebangsaan atau negeri.

Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah contoh yang paling jelas, ia memberi peluang yang sama rata kepada anggota perkhidmatan dalam konteks menikmati kemudahan kenaikan gaji. Tapi dengan syarat mereka dan telah membuktikan bahawa mereka mampu dan seharusnya diberi ganjaran sebagai balasan ke atas segala kemahiran dan kecekapan yang mereka miliki dalam usaha untuk menaikan imej serta kualiti perkhidmatan awam.

Anggap sahaja bahawa SSM adalah ganjaran bagi mereka yang rajin, amanah dan berkemahiran.

Aku Janji pula adalah 'rotan' bagi mereka yang malas serta tidak melaksanakan tugas dengan cekap dan amanah.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998