Rangkaian Khidmat Awan Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Know Your Sub-District

Daerah Kecil Spaoh

Pemandangan di sekitar bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh

Foto ehsan Pej. Daerah Kecil Spaoh

Daerah Kecil Spaoh di Bahagian Sri Aman merupakan sebuah daerah kecil yang diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Betong. Dahulunya kawasan ini lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Daerah Saribas.

Kedudukan Daerah Kecil Spaoh ialah di antara Daerah Kecil Debak di sebelah utara/barat, Daerah Sri Aman di sebelah selatan dan Daerah Betong di sebelah timur.

Pusat pentadbiran dan pengurusan Daerah Kecil Spaoh terletak di Pekan Spaoh dan di bawah Pegawai Tadbir Sarawak, Spaoh, En. Hamdan Bin Hj. Katang. Sebelum ini, bangunan lama Pejabat Daerah Kecil Spaoh di Tg. Sebekut, Spaoh dikenali sebagai Kubu Spaoh di kalangan penduduk tempatan.

Pekan Spaoh boleh dihubungi melalui jalan raya, iaitu kira-kira 11 kilometer dari jalan utama (Lebuh Raya Borneo). Ia juga boleh dihubungi melalui jalan air (Sungai Saribas) atau pun menggunakan pengangkutan udara (helikopter).

Sementara itu, jarak dari Pekan Betong ke Pekan Spaoh ialah kira-kira 49 kilometer iaitu melalui jalan darat, Lebuh Raya Borneo.

Penyiapan Jambatan Gantung Tg. Sebekut, Spaoh ini pada tahun 2000 telah memberi keselesaan kepada penduduk sekitar
Daerah Kecil Spaoh mempunyai keluasan 529.12 kilometer persegi dan mempunyai empat kawasan di bawah bidang pentadbirannya iaitu;

i. Pekan Spaoh dan kampung-kampung yang berhampiran, meliputi Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Hulu, Ng. Bangkit dan Kampung Kebun Cina.

ii. Kampung Paku Hulu

iii. Kawasan Paku Hilir

iv. Kawasan Hilir Perairan Sungai Saribas yang meliputi Kampung Balingan (di hulu Sungai Saribas), Kampung Bungin, Kampung Sebemban, Seruai, Kampung Tg. Assam, Terusan, Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Buda, Kampung Supa dan Kampung Medang (di hilir Sungai Saribas)

Jumlah penduduk di Daerah Kecil Spaoh ialah seramai 17,000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu (65%), kaum Iban (30%) dan kaum Cina (5%).

Majoriti penduduk di kawasan ini bekerja sebagai petani, manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan berniaga.

Salah satu PPRT di Spaoh – menunjukkan rumah sebelum (1999) dan selepas disiapkan (hujung 1999)
Hari ini, Daerah Kecil Spaoh semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dari masa ke masa.

Malah, peranan lima wakil rakyat yang mewakili lima kawasan pilihan raya iaitu tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua wakil rakyat daripada Ahli Parlimen (AP) juga memberi impak penting. Mereka ialah YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu Ak. Numpang (N27-Layar), YB Dr. Hj. Wahbi B. Hj. Junaidi (N26-Saribas), YB Hj. Bolhassan B. Hj. Di (N21-Beting Maro), YB Datuk Douglas Uggah Ak. Embas (P178-Betong) dan YB Wan Junaidi Bin Tengku Jaafar (P175-Batang Lupar).

Tarikan pengunjung

Salah satu daya tarikan di daerah kecil ini ialah Bukit Saban Resort yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Spaoh. Di situ, pengunjung berpeluang menikmati keindahan air terjun serta melawat ke rumah-rumah panjang tradisi yang diuruskan oleh agen pelan-congan tem-patan.

Bagi yang ingin berkunjung lebih lama di sini juga ada disediakan chalet untuk pengunjung.

Namun, yang pastinya kunjungan ke sini akan lebih manis jika pengunjung dapat membeli beberapa kuih asli tempatan seperti kerepek, jala dan buahulu sebagai buah tangan.

Statistik Daerah Kecil Spaoh

Keluasan 529.12 km persegi
Kedudukan Di antara Daerah Kecil Debak (utara/barat), Daerah Sri Aman (selatan) dan Daerah Betong (timur)
Populasi 17,000 orang: Melayu -11,050 orang (65%), Iban - 5,950 orang (30%) dan Cina - 850 orang (5%)
Aktiviti ekonomi Petani, pekerja awam dan peniaga
Jumlah kampung 16 kampung (1,840 pintu), 36 rumah panjang
Perkhidmatan kerajaan P. Daerah Kecil Spaoh, J. Pertanian, J. Saliran & Pengairan, M. Daerah Betong, Balai Polis, Klinik Kesihatan, J. Pendaftaran Negara, J. Hal Ehwal Khas, Pos Malaysia, SESCo, JKR, Sekolah Menengah (1) dan Sekolah Rendah (13)
ADUN/Ahli Parlimen YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Alfred Jabu Ak. Numpang (N27-Layar), YB Dr. Hj. Wahbi B. Junaidi (N26-Saribas), YB Hj. Bolhassan B. Hj. Di (N21-Beting Maro), YB Datuk Douglas Uggah Ak. Embas (P178- Betong) dan YB Wan Junaidi Bin Tengku Jaafar (P175- Batang Lupar).

Kronologi Pegawai Tadbir Sarawak yang Pernah Bertugas di Pejabat Daerah Kecil Spaoh

    1. Haji Ibrahim B. Mohammad
    hingga 30.05.1974 (tarikh mula tidak diketahui)

    2. Abg. Kamaluddin Datuk Hakim
    30.05.1974 - 02.01.1975

    3. Jayl Langub Baru
    02.01.1975 - 17.11.1977

    4. Spawie Mustapha Hj. Shibli
    17.11.1977 - 22.01.1981

    5. Junaidi Hj. Piee
    22.01.1981 - 28.01.1985

    6. Julaihi B. Kadir
    28.01.1985 - 21.01.1988

    7. Ronnie Edward
    15.06.1987 - 16.9.1987

    8. Jonny Uloh @ Mohd. Firdaus
    21.01.1988 - 01.12.1994

    9. Baseri @ Jalil Hj. Jack
    01.12.1994 - 02.01.1998

    10. Hamdan B. Hj. Katang
    02.01.1998 - sekarang

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998